• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga sangat menarik untuk Galaxy A50 dan Galaxy A30 di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:14 pm
  • 04/03/2019
  • Komen
Harga sangat menarik untuk Galaxy A50 dan Galaxy A30 di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung dilihat merombak semula kelas pertengahan telefon pintar mereka, apabila melancarkan siri-A yang baru d MWC 2019, iaitu Galaxy A30 dan Galaxy A50. Ia bukan sahaja memberikan kapasiti bateri yang besar, malah ditawarkan dengan harga yang boleh menyaingi jenama lain.

Kini, Galaxy A30 dan Galaxy A50 sudah boleh mula ditempah di Malaysia. Penjual Mobile 2 Go telah membuka tempahan awal Galaxy A30 dan Galaxy A50, yang dikatakan set Malaysia dengan jaminan selama setahun dari Samsung Malaysia.



Harga jualannya seperti berikut:

  • Galaxy A30 RAM 4GB + Storan 64GB – RM799
  • Galaxy A50 RAM 6GB + Storan 128GB – RM1,199

Kedua-dua telefon pintar ini hadir dengan paparan Super AMOLED Inifinity-U, berukuran 6.4-inci dan bertakuk U di dahi. Ia diperkasa pemproses Exynos kelas pertengahan dan memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh. Ia turut menyokong pengecasan pantas melalui USB-C.



Skrin depan Galaxy A50 (kiri) dan Galaxy A30 (kanan)

Galaxy A30 memiliki dwi-kamera belakang 16MP+5MP. Pengimbas capjari fizikal juga terdapat di belakang. Manakala Galaxy A50 datang dengan tiga kamera belakang, 25MP+8MP+5MP. Pengimbas capjari pula terletak di dalam skrin hadapan.

Kamera belakang Galaxy A50 (kiri) dan Galaxy A30 (kanan)

Menariknya, Moible 2 Go menyatakan Galaxy A30 dan Galaxy A50 kalis air dan debu IP68. Jika benar, ia adalah peranti seumpamanya yang paling murah. Malah, ia juga menyokong sistem pembayaran Samsung Pay.

Kenali telefon pintar Galaxy A30 dan Galaxy A50 dalam laporan kami di sini.

[Sumber: Mobile 2 Go]

Tags: Galaxy A30Galaxy A50samsungsamsung galaxytelefon
Najib

Najib

POPULAR

Harga sangat menarik untuk Galaxy A50 dan Galaxy A30 di Malaysia

Harga sangat menarik untuk Galaxy A50 dan Galaxy A30 di Malaysia

4 March 2019
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN