• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iMac 2026 dengan cip Apple M6 kini rasmi di Malaysia, harga dari RM6,499

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:05 pm
  • 28/10/2026
  • Komen
iMac 2026 dengan cip Apple M6 kini rasmi di Malaysia, harga dari RM6,499
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas memperkenalkan iPad mini OLED yang baharu, Apple terus melancarkan produk baharu yang lain. Kali ini, iMac 24 inci dikemas kini untuk tahun 2026 dengan cip M6 terkini.

Ini kemas kini besar pertama untuk komputer all-in-one itu sejak iMac M4 diperkenalkan pada Oktober 2024. Sementara luaran komputer ini masih kekalkan rekaan serupa dengan paparan 24″, iMac 2026 ini menawarkan naik taraf prestasi dengan CPU sehingga 12-teras dan GPU 12-teras, serta storan dan ciri sambungan yang lebih pantas.



Harga dan ketersediaan iMac 2026 M6 di Malaysia

Tempahan awal bagi iMac 2026 dibuka di Malaysia pada 29 Oktober pada jam 1:10 pagi, manakala jualan rasmi bermula 6 November 2026.

iMac 2026 ini ditawarkan dalam dua konfigrasi cip M6 dengan teras CPU dan GPU berbeza. Berikut adalah harga permulaannya dengan RAM16GB dan SSD 256GB:



  • iMac M6 (CPU 10-teras, GPU 10-teras, RAM 16GB, SSD 256GB): RM6,499
  • iMac M6 (CPU 12-teras, GPU 12-teras, RAM 16GB, SSD 256GB): RM7,499

Bagi warga pendidik dan pelajar, iMac baharu ini boleh didapatkan pada harga RM6,299 menerusi program pendidikan Apple.

Sebagai perbandingan, harga iMac 2024 terdahulu pada awal pelancaran harganya bermula RM5,799 untuk varian CPU 8 teras dan GPU 8 teras, manakala varian lebih tinggi dengan CPU 10 teras dan GPU 10 teras bermula dari RM6,699.

Bagaimanapun, Apple telah menyelaraskan semula harga jualan di Malaysia pada Jun 2026, dengan menaikkan harga permulaan iMac M4 kepada RM6,499. Ini sekali gus bermakna harga jualan iMac M6 baharu ini kekal sama seperti harga selepas pelarasan tersebut.

Bagi pengguna yang memerlukan lebih memori atau storan, Apple menawarkan beberapa pilihan naik taraf. Naik taraf RAM daripada 16GB kepada 24GB menelan kos tambahan RM900. Naik taraf kepada 32GB pula berharga RM1,800, tetapi pilihan ini hanya tersedia untuk model M6 yang lebih tinggi dengan CPU 12-teras dan GPU 12-teras.

Untuk storan SSD, naik taraf daripada 256GB asas kepada 512GB berharga tambahan RM900, manakala 1TB berharga RM2,250. Jika anda memerlukan 2TB, kosnya tambahan RM4,500, tetapi pilihan ini juga eksklusif untuk konfigurasi M6 yang lebih tinggi.

Anda juga boleh menambah port Ethernet 2.5Gb dengan tambahan RM100, atau kaca nano-texture dengan tambahan RM900.

Kedua-dua konfigurasi disertakan dengan Magic Mouse dan Magic Keyboard yang sepadan warnanya. Namun, versi yang lebih tinggi dengan CPU 12-teras dan GPU 12-teras mendapat Magic Keyboard dengan Touch ID sebagai standard.

Jika anda memilih konfigurasi maksimum, iaitu cip M6 yang lebih tinggi (CPU 12-teras, GPU 12-teras), RAM 32GB, storan 2TB dan kaca nano-texture, jumlah kosnya ialah RM14,699. Harga ini sudah termasuk Magic Keyboard dan Magic Mouse yang sepadan warnanya.

Apa yang baharu pada iMac 2026?

Peningkatan terbesar pada iMac 2026 ialah cip Apple M6 baharu, menggantikan M4 pada generasi sebelumnya.

Model asas kini menggunakan CPU 10-teras dan GPU 10-teras, berbanding CPU 8-teras dan GPU 8-teras pada model M4 permulaan sebelum ini. Konfigurasi yang lebih tinggi pula mendapat CPU 12-teras dan GPU 12-teras, meningkat daripada 10-teras bagi kedua-duanya pada generasi lepas.

Cip M6 dibina menggunakan teknologi proses 2nm Apple. Ia membawa seni bina CPU dan GPU yang dikemas kini dengan Neural Accelerator untuk mempercepat beban kerja AI. Ia juga dilengkapi Neural Engine 16-teras dwi (Dual 16-core Neural Engine) dan lebar jalur memori sehingga 170GB/s.

Menurut Apple, iMac baharu ini menawarkan prestasi produktiviti sehingga 1.5 kali lebih pantas dan prestasi grafik sehingga dua kali ganda berbanding model M4. Untuk beban kerja AI, Apple mendakwa prestasi AI pada peranti sehingga lima kali lebih pantas.

Selain cip baharu, iMac M6 juga mendapat storan SSD yang lebih pantas. Apple mendakwa prestasi baca dan tulisnya sehingga dua kali ganda berbanding generasi sebelumnya.

Sambungan dinaik taraf kepada WiFi 7 dan Bluetooth 6 menerusi cip Apple N1 yang baharu. Dari segi port, iMac baharu menawarkan sehingga empat port Thunderbolt 4, tetapi ini hanya terdapat pada versi CPU 12-teras dan GPU 12-teras. Ia juga menyokong sehingga dua paparan luaran 6K.

Paparan utamanya kekal tidak berubah. Anda masih mendapat skrin Retina 24″ beresolusi 4.5K dengan kecerahan 500 nits, sokongan warna luas P3 dan lebih satu bilion warna. Apple turut menawarkan pilihan kemasan kaca nano-texture pada model yang lebih tinggi untuk mengurangkan silau dan pantulan.

Untuk panggilan video, iMac masih menggunakan kamera 12MP Center Stage yang akan secara automatik memastikan pengguna kekal dalam bingkai. Terdapat juga Desk View, yang membolehkan pengguna menunjukkan pandangan daripada atas meja semasa panggilan video.

Sistem audio terbina dalam juga kekal sama, dengan enam pembesar suara yang terdiri daripada dua woofer dan dua tweeter. Ia menyokong Spatial Audio dengan Dolby Atmos, manakala tatasusunan tiga mikrofon bertaraf studio mengendalikan panggilan suara dan rakaman.

iMac 2026 turut mengekalkan reka bentuknya yang berwarna-warni, dengan tujuh pilihan warna: biru, hijau, merah jambu, kuning, ungu, oren dan perak.

Sejurus keluar kotak, iMac baharu ini menjalankan macOS 27 Golden Gate, yang membawa penambahbaikan pada antara muka Liquid Glass dan ciri sistem yang lain.

Tags: appleimaciMac M6
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

iMac 2026 dengan cip Apple M6 kini rasmi di Malaysia, harga dari RM6,499

iMac 2026 dengan cip Apple M6 kini rasmi di Malaysia, harga dari RM6,499

28 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

22 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN