• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:05 pm
  • 30/10/2026
  • Komen
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia secara rasmi memperkenalkan tablet kelas permulaan terbaharu, Honor Pad X7b, untuk pasaran tempatan dengan pilihan sambungan Wi-Fi serta LTE. Tablet ini tampil dengan skrin 9.7 inci beresolusi 2K, bateri berkapasiti 8,000mAh, serta pelbagai ciri yang direka khas untuk kegunaan seisi keluarga dan kanak-kanak.

Pada masa yang sama, Honor turut melancarkan dua model fon putik wayarles mampu milik iaitu Honor Earbuds 5e dan Honor Earbuds X10 Play, dengan harga jualan bermula serendah RM59.



Harga Honor Pad X7b di Malaysia

Honor Pad X7b ditawarkan dalam pilihan warna Space Gray dengan dua varian sambungan pada tanda harga berikut:

  • Honor Pad X7b (Wi-Fi, 4GB RAM + 128GB): RM699
  • Honor Pad X7b (LTE, 4GB RAM + 128GB): RM799

Menariknya, setiap pembelian Honor Pad X7b turut hadir bersama aksesori pelindung Flip Cover percuma bernilai RM159.



Tablet ini kini sedia dibeli menerusi stor dalam talian rasmi Honor, kedai fizikal Honor Experience Store, platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, dan TikTok Shop, serta pengedar sah terpilih termasuk Senheng, senQ, Harvey Norman, dan Urban Republic.

Spesifkasi Honor Pad X7

Dari segi paparan, Honor Pad X7b dilengkapi panel IPS LCD bersaiz 9.7 inci dengan resolusi 2K (2052 × 1152 piksel). Panel ini menyokong kadar segar semula sehingga 90Hz serta tahap kecerahan puncak mencapai 500 nits.

Bagi memastikan keselesaan mata, skrin ini disertakan enam lapisan teknologi perlindungan mata termasuk Dynamic Dimming, Software Low Blue Light, dan mod E-Book. Ia turut menerima pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light dan Flicker-Free bagi meminimumkan keletihan mata terutamanya ketika digunakan oleh kanak-kanak.

Tablet ini menerima pensijilan SGS 5-Star Enhanced Drop and Crush Resistance. Badan tablet ini pula diperbuat daripada satu bahagian aloi aluminium dengan kemasan sandblasted. Dari segi dimensi, tablet ini tebal 8.48mm dengan berat 449g untuk model WiFi dan 447g untuk model LTE.

Prestasinya digerakkan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 685 4G. Ia turut menyokong kad microSD dengan kapasiti sehingga 2TB untuk menambah ruang simpanan kandungan seperti video, bahan pembelajaran dan gambar.

Kelengkapan kamera tablet pula terdiri daripada kamera belakang 5MP dan kamera depan 5MP yang diletakkan pada sisi melintang.

Bateri berkapasiti 8,000mAh dimuatkan ke dalam kerangkanya, didakwa mampu menawarkan masa tontonan video melebihi 16 jam, membaca e-buku sehingga 21 jam, serta masa standby sehingga 82 hari. Bagaimanapun, kelajuan kuasa pengecasan yang disokong tidak didedahkan.

Untuk kegunaan kanak-kanak, tablet ini menyediakan mod khas Honor Kids yang mengandungi aplikasi interaktif seperti Kids Camera, Kids Canvas, dan Kids Recorder. Ibu bapa turut diberi kawalan penuh untuk menetapkan had masa penggunaan skrin, mengurus aplikasi, serta menapis akses kandungan.

Ciri lain yang disertakan termasuk sokongan Wi-Fi 5, Bluetooth 5.0, serta sistem operasi MagicOS 10 berasaskan Android 16 sejurus keluar dari kotak.

Sebarang maklumat lanjut berkenaan spesifikasi boleh anda dapatkan di laman produk Honor Pad X7b.

Honor Earbuds 5e

Honor Earbuds 5e hadir dengan ciri penyaring hingar aktif (ANC) adaptif yang berupaya meredam bunyi luar sehingga 52dB. Kualiti panggilan suara disokong oleh sistem tiga mikrofon dengan algoritma pengurangan hingar latar. Kualiti audionya dijana oleh pemacu 12mm bersalut Diamond-like Carbon bersama kebuk resonans akustik (Acoustic Resonance Chamber). Ia menyokong codec LHDC 5.0, sambungan Bluetooth 6.0, serta menerima pensijilan Hi-Res Audio Wireless.

Fon putik ini menawarkan masa penggunaan sehingga 9 jam pada fon putik (tanpa ANC) dan sehingga 45 jam apabila digabungkan bersama bekas pengecas. Ciri tambahan lain merangkumi fungsi terjemahan pintar (AI Interpreter), sambungan dwi-peranti serentak, kawalan sentuhan, serta penarafan kalis habuk dan percikan air IP54.

Honor Earbuds 5e dijual pada harga RM149 dalam pilihan warna hitam dan putih.

Honor Earbuds X10 Play

Bagi yang mencari pilihan lebih bajet, Honor Earbuds X10 Play membawakan pemacu 13mm dengan diafragma komposit dan magnet neodymium N52.

Hayat baterinya mampu bertahan sehingga 9 jam untuk sekali pengecasan penuh, dan mencapai sehingga 49 jam secara keseluruhan bersama bekas pengecasnya. Ia turut menyokong kawalan sentuhan serta teknologi pengurangan hingar AI bagi memperjelas suara ketika membuat panggilan telefon.

Honor Earbuds X10 Play ditawarkan dalam pilihan warna putih dan kelabu pada harga hanya RM59.

Tags: honorHonor Earbuds 5ehonor malaysiaHonor Pad X7bHonor X10 Playtablet
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN