• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:28 pm
  • 02/11/2026
  • Komen
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal
Share on FacebookShare on Twitter

Sony telah melancarkan secara rasmi peranti kelas pertengahan terbaru Xperia 10 VIII untuk pasaran Malaysia. Ia tiba kira-kira lebih dua bulan selepas diperkenalkan di peringkat global pada Ogos lalu.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini,peria 10 VIII tidak membawa perubahan besar dari segi spesifikasi, dengan peningkatan utama hanya pada skrin OLED yang lebih cerah. Sony juga masih mengekalkan ciri klasik yang terdapat pada telefon pintar mereka termasuk butang ‘shutter’ untuk menangkap gambar, slot kad mikroSD serta jek audio 3.5mm.



Harga dan promosi Sony Xperia 10 VIII di Malaysia

Seperti di pasaran Eropah, harga jualan Xperia VIII meningkat dengan ketara di pasaran Malaysia. Ia ditawarkan dalam satu konfigurasi RAM 8GB dan storan dalaman 128GB, pada harga adalah RM2,999. Ini bermakna harga model baharu ini menginatkan sebanyak RM800 berbanding harga pelancaran Xperia 10VII tahun lalu pada RM2,199.

Tetapi jika daripada anda yang berminat untuk dapatkan model terbaru ini, seperti biasa Sony Malaysia turut menawarkan promosi pembelian awal, dari sekarang sehingga 30 November 2026.



Pembeli dalam tempoh tersebut akan menerima hadiah bernilai RM768, termasuk fon kepala Sony WH-CH730N bernilai RM649 dan sarung dengan pendiri terbina bernilai RM119, sementara stok masih ada.

Sony Xperia 10 VIII boleh dibeli menerusi stor dalam talian Sony Malaysia. Ia tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu putih, kelabu dan ungu.

Spesifikasi Sony Xperia 10 VIII

Xperia 10 VIII kekal membawakan skrin OLED berukuran 6.1″ bernisbah 19.5:9, dengan bezel tebal di atas dan bawah. Panel ini mempunyai resolusi 2340×1080 piksel serta kadar segar semula 120Hz. Perubahan utama skrinnya menurut Sony ialah tahap kecerahan yang dipertingkat sehingga 50% lebih tinggi berbanding model terdahulu, walaupun tahap kecerahan nits tidak dinyatakan.

Bahagian luaran peranti dilapisi kaca Corning Gorilla Glass Victus 2 dan mempunyai tahap ketahanan kalis air serta debu IP65/IP68.

Peranti ini turut dilengkapi pembesar suara stereo dikatakan baharu di bahagian hadapan dan masih mengekalkan jek audio 3.5mm berserta sokongan Hi-Res Audio, LDAC, serta DSEE Ultimate. Selain itu, model baharu ini turut mengekalkan butang ‘Shutter’ di sisi untuk keperluan menangkap gambar.

Untuk bahagian dalaman, model baharu ini nampaknya masih dijana cip pemproses kelas pertengahan yang sama seperti model tahun lepas, iaitu Snapdragon 6 Gen 3. Ia dipadankan bersama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB, yang turut menyokong perluasan storan menerusi kad mikroSD sehingga 2TB.

Peranti ini menjalankan sistem operasi Android 16, dengan Sony menawarkan jaminan kemas kini OS sehingga 4 kali dan kemas kini keselamatan selama 6 tahun.

Sistem kamera belakangnya pula menampilkan persediaan dua kamera yang sama:

  • Kamera Utama: 50MP (Sensor 1/1.56″ Exmor RS for mobile, f/1.9, OIS)
  • Kamera Ultra Lebar: 13MP (f/2.4, sudut pandangan 123°)

Untuk keupayaan zum, telefon ini menyokong zum hibrid sehingga 6x serta AI Super Resolution Zoom. Sementara di bahagian hadapan, ia dibekalkan kamera selfie 8MP dengan sokongan modul HDR dan mod Night Shooting.

Bateri yang dibekalkan adalah berkapasiti 5,000mAh yang disokong oleh pengurusan kuasa Xperia Adaptive Charging. Sony turut mendakwa sistem pengecasan ini telah dioptimumkan untuk membantu mengekalkan kesihatan bateri peranti sehingga 4 tahun penggunaan.

Lain-lain ciri sambungan yang turut disertakan merangkumi sokongan rangkaian 5G, Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.4, fungsi NFC, serta pengimbas cap jari fizikal pada bahagian tepi. Ia ditawar dalam tiga warna, putih, ungu dan hitam.

Tags: SonySony MalaysiaSony Xperia 10 VIII
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN