• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Portal Sekolahku dilancar: Mudahkan akses maklumat lebih 10,000 sekolah di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:11 pm
  • 04/11/2026
  • Komen
Portal Sekolahku dilancar: Mudahkan akses maklumat lebih 10,000 sekolah di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan telah memperkenalkan Portal SekolahKu, sebuah platform digital berpusat yang membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat rasmi berkaitan lebih 10,000 sekolah di seluruh negara.

Portal ini dibangunkan menerusi kerjasama Kementerian Digital melalui GovTech Malaysia bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ia menghimpunkan maklumat sekolah di bawah KPM, termasuk profil, lokasi dan statistik asas, supaya ibu bapa dan masyarakat boleh mendapatkan maklumat berkaitan institusi pendidikan menerusi satu platform.



Majlis penyerahan portal berkenaan kepada KPM telah disempurnakan oleh Menteri Digital, Gobind Singh Deo, bersama Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, di Sekolah Kebangsaan Damansara Utama, Petaling Jaya, pada 3 November 2026.

Apa yang boleh disemak menerusi Portal Sekolahku?

Menerusi Portal Sekolahku, ibu bapa boleh mencari maklumat sekolah secara dalam talian berdasarkan lokasi, termasuk mengenal pasti institusi pendidikan yang terletak berhampiran kediaman mereka. Ini memudahkan mereka mendapatkan maklumat sekolah tanpa perlu hadir ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).



Carian yang disediakan merangkumi pelbagai jenis institusi pendidikan, termasuk Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah Seni Malaysia (SSeM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Tingkatan Enam dan banyak lagi.

Bagi setiap sekolah, portal ini memaparkan maklumat seperti bilangan murid dan guru, lokasi tepat, daerah, bilangan sesi, logo rasmi dan jenis sekolah, serta sekolah berdekatanya.

Selain maklumat sekolah, portal ini turut menyediakan panduan berkaitan kemasukan Tahun 1 dan Tingkatan 1, termasuk syarat kelayakan, tarikh penting serta panduan permohonan. Maklumat tentang bantuan persekolahan dan kalendar aktiviti persekolahan juga boleh dirujuk menerusi platform yang sama.

Ibu bapa turut boleh menyemak penawaran kelas di sesebuah sekolah, termasuk sama ada sekolah berkenaan menawarkan Program Dwibahasa (DLP) atau bukan DLP. Mereka juga boleh menyemak sama ada sekolah pilihan masih mempunyai kekosongan atau peluang untuk kemasukan.

Himpunkan maklumat sekolah dalam satu platform

Menurut Gobind, tujuan utama portal ini dibangunkan ialah memastikan maklumat sekolah disampaikan dengan lebih seragam dan mudah diakses melalui satu platform.

Beliau menjelaskan bahawa sebelum ini, setiap sekolah dilihat cenderung mewujudkan platform masing-masing untuk menyediakan maklumat tentang sekolah berkenaan. Jika dilakukan di semua sekolah, ia akan melibatkan beribu-ribu sistem berbeza di seluruh negara. Dengan SekolahKu, pertindihan ini dapat dielakkan, dan semua sekolah mendapat sistem perkhidmatan yang konsisten.

Gobind turut menegaskan bahawa sekolah luar bandar dan pedalaman tidak akan ketinggalan. Menurutnya, KPM mempunyai data setiap sekolah dan boleh mendapatkan kerjasama pihak sekolah untuk melengkapkan maklumat yang diperlukan.

Dengan penyerahan ini, Portal SekolahKu kini memasuki fasa pemilikan dan pengoperasian sepenuhnya oleh KPM. Kementerian itu akan bertanggungjawab memastikan maklumat dalam portal sentiasa dikemas kini, selain memastikan ketepatan maklumat, tadbir urus data dan penambahbaikan sistem yang berterusan mengikut keperluan pengguna.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menggesa semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) supaya memanfaatkan portal ini sepenuhnya bagi memastikan maklumat sekolah dapat disampaikan kepada masyarakat dengan lebih berkesan.

Usaha ini turut merangkumi sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman supaya tiada institusi pendidikan yang tercicir daripada inisiatif pendigitalan berkenaan.

Ibu bapa dan orang ramai boleh mula mengakses Portal SekolahKu menerusi laman web rasmi di https://sekolahku.moe.gov.my/.

[Sumber: Portal Sekolahku, Berita Harian, NST]

Tags: Fadhlina sidekGobind SinghKementerian DigitalKementerian PendidikanKPMPortal Sekolahku
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Portal Sekolahku dilancar: Mudahkan akses maklumat lebih 10,000 sekolah di Malaysia

Portal Sekolahku dilancar: Mudahkan akses maklumat lebih 10,000 sekolah di Malaysia

4 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN