• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix XPAD 30 Pro rasmi di Malaysia: Skrin 2.5K dan cip Helio G200 pada RM1,199

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:15 pm
  • 04/11/2026
  • Komen
Infinix XPAD 30 Pro rasmi di Malaysia: Skrin 2.5K dan cip Helio G200 pada RM1,199

Screenshot

Share on FacebookShare on Twitter

Inifnix telah mengumumkan tablet XPAD 30 Pro untuk pasaran Malaysia. Ini merupakan tablet kedua yang dilancarkan syarikat dalam tahun ini, selepas XPAD 30E pada bulan April lalu.

Berbanding model sebelum ini, XPAD 30 Pro menawarkan spesifikasi yang lebih tinggi, dengan cip Helio G200 Ultimate, skrin 11 inci 2.5K dan bateri 8,200mAh. Menariknya, Infinix turut menyertakan stailus dan papan kekunci secara percuma kepada pembeli.



Harga dan ketersediaan Infinix XPAD 30 Pro di Malaysia

Infinix XPAD 30 Pro ditawarkan di Malaysia dalam satu varian pada harga seperti berikut:

XPAD 30 Pro (RAM 8GB dan storan 128GB) – RM1,199



Jualan rasmi tablet ini akan bermula pada 10 November 2026, jam 8 malam menerusi saluran dalam talian Infinix di Shopee dan TikTok Shop, serta kedai jenama Infinix di seluruh negara.

Terdapat tiga pilihan warna boleh dipilih bagi XPAD 30 Pro iaitu ungu, kelabu dan perak.

Spesifikasi Infinix XPAD 30 Pro

Infinix XPAD 30 Pro menggunakan skrin 11″ 2.5K berpanelkan TFT LCD, dengan kecerahan puncak 550 nits dan kadar penyegaran 90Hz. Skrinnya turut menerima pensijilan TÜV Rheinland untuk Hardware-Level Low Blue Light dan Flicker-Free bagi mengurangkan keletihan mata ketika penggunaan berpanjangan.

Untuk audio, tablet ini dilengkapi speaker stereo dengan DTS 3D Surround Sound bagi pengalaman bunyi lebih imersif.

Tablet ini dikuasakan cip MediaTek Helio G200 Ultimate 6nm. Ia menyokong sambungan 4G melalui kad SIM, dan mempunyai slot kad microSD untuk menambah storan. Bateri 8,200mAh yang disertakan menyokong pengecasan 18W. Dari segi kamera, XPAD 30 Pro dilengkapi kamera belakang dan depan 8MP.

XPAD 30 Pro disertakan bersama X Pencil 20 dan X Keyboard 11. Stailusnya menyokong penulisan dengan latensi rendah, palm rejection dan fungsi pemadam untuk memudahkan pengambilan nota. X Keyboard 11 pula mempunyai pintasan AI Assistant dan Voice-to-Text, dan boleh digunakan bersama aplikasi WPS Office untuk kerja dokumen. Ciri AI lain termasuk AI Snap for Answers, Circle to Search, AI Writing dan AI Art.

Tablet ini menjalankan XOS 16 berasaskan Android 16. Ia menyokong Desktop Expansion untuk digunakan sebagai skrin kedua laptop, serta Cross-device Collaboration untuk memindahkan fail, berkongsi clipboard dan menggunakan drag-and-drop antara peranti yang serasi.

Badan XPAD 30 Pro juga cukup nipis, mempunyai ketebalan 6.6mm dan berat sekitar 476g. Infinix menyatakan tablet ini telah melepasi lebih 45 ujian ketahanan, termasuk ujian suhu ekstrem, jatuh dan lenturan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk XPAD 30 Pro.

Tags: InfinixInfinix MalaysiaInfinix XpadInfinix XPAD 30 Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infinix XPAD 30 Pro rasmi di Malaysia: Skrin 2.5K dan cip Helio G200 pada RM1,199

Infinix XPAD 30 Pro rasmi di Malaysia: Skrin 2.5K dan cip Helio G200 pada RM1,199

4 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN