• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Nova 16s & Nova 16s Pro kini rasmi di Malaysia, harga promosi bermula RM1,999

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:59 pm
  • 20/11/2026
  • Komen
Huawei Nova 16s & Nova 16s Pro kini rasmi di Malaysia, harga promosi bermula RM1,999
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei secara rasmi melancarkan siri telefon pintar terbaharunya, Huawei Nova 16s, untuk pasaran Malaysia. Hadir dalam dua pilihan model iaitu Nova 16s dan Nova 16s Pro, barisan peranti kelas pertengahan ini menyokong rangkaian 5G dengan cip pemproses Kirin, bateri berkapasiti besar 7,000mAh serta pengecasan pantas 100W.

Tarikan utamanya ialah model yang lebih tinggi, Nova 16s Pro, yang dilengkapi kamera utama 200MP dengan sensor besar 1/1.28″. Kedua-dua model ini turut menyertakan kamera telefoto periskop 50MP khusus untuk keupayaan zum optik.



Siri Huawei Nova 16s sudah pun mula dijual di pasaran tempatan, dengan Huawei Malaysia menawarkan rebat pelancaran sehingga RM600.

Harga dan ketersediaan Huawei Nova 16s dan 16s Pro di Malaysia

Siri Huawei Nova 16s ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada harga jualan berikut:



  • Huawei Nova 16s (12GB + 256GB): RM2,599 RM1,999 (selepas rebat RM600)
  • Huawei Nova 16s Pro (12GB + 512GB): RM3,299 RM2,899 (selepas rebat RM400)

Sempena promosi pelancarannya, Huawei menawarkan hadiah percuma dan perkhidmatan bernilai sehingga RM1,956. Ia merangkumi gelang pintar Huawei Band 11 bernilai RM189, pengecas Huawei 100W bernilai RM119, serta penggantian pelindung skrin selama setahun bernilai RM49.

Selain itu, pembeli turut menerima perkhidmatan premium Huawei bernilai sehingga RM1,599, yang merangkumi pakej perlindungan Worry-Free Care selama setahun dan jaminan waranti rantau APAC & MEA selama setahun.

Dari segi pilihan warna, Nova 16s Pro ditawarkan dalam dalam warna merah jambu keungu-unguan dipanggil Breathing Crystal dan hitam, manakala model standard Nova 16s hadir dalam pilihan Breathing Crystal yang sama, putih dan hitam. Kedua-dua peranti boleh didapati menerusi stor dalam talian rasmi Huawei Malaysia, serta gedung rasmi Huawei di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.

Spesifikasi Huawei Nova 16s Pro

Sebagai model lebih berkuasa dalam siri ini, Huawei Nova 16s Pro menampilkan paparan OLED berukuran 6.84″dengan resolusi 2856×1320 piksel. Skrin ini menyokong kadar segar semula adaptif LTPO 1-120Hz, PWM dimming 2160Hz dan kecerahan puncak yang didakwamencecah 6,000 nits.

Nova 16s Pro dikuasakan cip pemproses lapan teras Kirin 9010S dengan sokongan 5G, dipadankan dengan storan dalaman 512GB.

Untuk fotografi, Nova 16s Pro dilengkapi kamera utama RYYB 200MP dengan sensor besar 1/1.28″, apertur f/1.8, serta penstabilan imej optikal (OIS). Ia digandingkan bersama kamera telefoto periskop RYYB 50MP dengan zum optikal 3.7x dan OIS, serta kamera ultralebar RYYB 50MP yang menawarkan sudut pandang 118 darjah dan sokongan fotografi makro pada jarak sedekat 2.5cm. Turut disertakan adalah kamera multispektral True-to-Colour 1.5MP khusus untuk meningkatkan ketepatan warna, terutamanya pada tona kulit.

Pada bahagian hadapan pula, terdapat kamera swafoto 50MP dengan sensor 1/2.5″ yang turut dibantu oleh satu lagi sensor True-to-Colour. Huawei turut menawarkan zum swafoto dan swafoto kumpulan dari 0.8x hingga 5x, supaya pengguna boleh melaraskan bingkai untuk potret individu dan gambar kumpulan.

Tenaga peranti disalurkan oleh bateri besar 7,000mAh, meningkat berbanding 5,500mAh pada generasi terdahulu. Ia menyokong pengecasan berwayar 100W Huawei SuperCharge Turbo yang didakwa mampu mengecas sehingga 40% dalam masa 15 minit.

Meskipun memuatkan bateri berkapasiti besar, peranti ini kekal nipis dengan ketebalan hanya 7.1mm dan berat sekitar 218g. Ia turut dibina dengan bingkai aloi aluminium, perlindungan kaca Kunlun Glass, serta sokongan sambungan WiFi 7, Bluetooth 6.0, dan NFC.

Sejurus dikeluarkan dari kotak, Nova 16s Pro menjalankan EMUI 16. Huawei turut menyertakan beberapa ciri fotografi berkuasa AI, termasuk AI Composition untuk cadangan bingkai, AI Move untuk mengubah kedudukan objek, AI Remove untuk membuang subjek yang tidak dikehendaki, AI De-glare untuk mengurangkan pantulan dan AI Best Expression untuk memperbaiki ekspresi wajah dalam gambar berkumpulan.

Peranti ini juga menyokong pemindahan fail merentas platform dengan peranti Apple yang serasi melalui aplikasi Petal Interconnect.

Spesifikasi Huawei Nova 16s

Huawei Nova 16s biasa mempunyai skrin OLED yang sedikit lebih kecil, iaitu 6.68″ beresolusi 2800 x 1280 piksel. Ia menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz, PWM dimming 2160Hz dan kecerahan puncak yang didakwa sehingga 5,500 nits.

Berbeza dengan Kirin 9010S pada model Pro, Nova 16s dijana oleh cip pemproses lapan teras Kirin 8020 dengan sokongan 5G serta storan dalaman 256GB.

Untuk bahagian kamera, Nova 16s menggunakan kamera utama 50MP dengan apertur f/1.9, ditemani kamera telefoto periskop RYYB 50MP dengan zum optikal 3.3x dan OIS, serta sensor multispektral True-to-Colour 1.5MP. Namun, berbeza dengan varian Pro, model standard ini tidak dilengkapi kamera ultralebar dan tidak mempunyai OIS pada kamera utamanya.

Di hadapan, ia masih mengekalkan kamera swafoto 50MP, cuma tanpa sensor tambahan True-to-Colour seperti yang terdapat pada model Pro.

Sama seperti varian Pro, Nova 16s turut dibekalkan bateri 7,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas berwayar 100W Huawei SuperCharge Turbo. Peranti ini sedikit lebih ringan pada berat sekitar 199g, walaupun sedikit lebih tebal pada 7.3mm. Ia juga menyokong WiFi 7, Bluetooth 6.0 dan NFC, dan menjalankan EMUI 16 sejurus dikeluarkan dari kotak.

Kedua-dua telefon pintar siri Nova 16s ini menawarkan ciri suntingan fotografi AI dan perkongsian fail rentas platform Petal Interconnect yang sama. Seperti biasa, peranti Huawei tidak didatangkan dengan perkhidmatan Google Mobile Services (GMS) secara prapasang, dan pengguna perlu bergantung kepada Huawei AppGallery serta kaedah sokongan lain untuk memuat turun aplikasi pilihan mereka.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro.

Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei Nova 16sHuawei Nova 16s Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Huawei Nova 16s & Nova 16s Pro kini rasmi di Malaysia, harga promosi bermula RM1,999

Huawei Nova 16s & Nova 16s Pro kini rasmi di Malaysia, harga promosi bermula RM1,999

20 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026
Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

16 November 2026
Samsung Wallet bakal sokong pembayaran QR ShopeePay di Malaysia

Samsung Wallet bakal sokong pembayaran QR ShopeePay di Malaysia

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN