var gptadslots = []; var googletag = googletag || {cmd:[]}; googletag.cmd.push(function() { var responsive_billboard = googletag.sizeMapping() .addSize([320, 300], [[320, 100], [300, 250]]) .addSize([730, 300], [728, 90]) .addSize([1000, 500], [[970, 250], [970, 90]]) // Desktop .build(); var responsive_sidebar_mrec = googletag.sizeMapping() .addSize([0, 0], []) .addSize([1024, 500], [300, 250]) // Desktop .build(); var responsive_sidebar_halfpage = googletag.sizeMapping() .addSize([0, 0], []) .addSize([1024, 500], [300, 600]) // Desktop .build(); var responsive_article_mrec2 = googletag.sizeMapping() .addSize([0, 0], []) .addSize([340, 300], [[336, 280], [300, 250], [320, 100]]) .addSize([1024, 500], [[336, 280], [300, 250]]) // Desktop .build(); var responsive_sidebar_button = googletag.sizeMapping() .addSize([0, 0], []) .addSize([300, 300], [[300, 100], [300, 250]]) .addSize([730, 300], [728, 90]) .addSize([1024, 500], [[300, 100], [300, 250]]) // Desktop .build(); //Billboard googletag.defineSlot('/32246135/scbm-billboard', [[970, 250], [970, 90], [728, 90], [300, 250], [320, 100]], 'scbm-billboard') .defineSizeMapping(responsive_billboard) .addService(googletag.pubads()); //Sidebar_MRec1 googletag.defineSlot('/32246135/scbm-article-mrec1', [300, 250], 'scbm-article-mrec1') .defineSizeMapping(responsive_sidebar_mrec) .addService(googletag.pubads()); //Article_MRec 2 googletag.defineSlot('/32246135/scbm-article-mrec2', [[320, 100], [300, 250], [336, 280]], 'scbm-article-mrec2') .defineSizeMapping(responsive_article_mrec2) .addService(googletag.pubads()); //Article_MRec3 googletag.defineSlot('/32246135/scbm-article-mrec3', [[300, 250], [336, 280]], 'scbm-article-mrec3') .addService(googletag.pubads()); //Article_OutStream Video googletag.defineSlot('/32246135/scbm-article-outstream', [1, 1], 'scbm-article-outstream') .addService(googletag.pubads()); //Button googletag.defineSlot('/32246135/scbm-button', [[728, 90], [300, 100], [300, 250]], 'scbm-button') .defineSizeMapping(responsive_sidebar_button) .addService(googletag.pubads()); //Sidebar_Halfpage googletag.defineSlot('/32246135/scbm-article-300x600', [300, 600], 'scbm-article-300x600') .defineSizeMapping(responsive_sidebar_halfpage) .addService(googletag.pubads()); //Skinner googletag.defineOutOfPageSlot('/32246135/scbm-oop-skinner', 'scbm-oop-skinner') .addService(googletag.pubads()); //OOP googletag.defineOutOfPageSlot('/32246135/scbm-oop-misc', 'scbm-oop-misc') .addService(googletag.pubads()); //SC-BM OOP googletag.defineOutOfPageSlot('/32246135/sc-bm-oop', 'sc-bm-oop') .addService(googletag.pubads()); //scbm-1x1-misc googletag.defineSlot('/32246135/scbm-1x1-misc', [1, 1], 'scbm-1x1-misc') .addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().setTargeting("inskin_yes", (screen.width >= 1245) ? "true" : "false"); googletag.pubads().setTargeting("inskin_m_yes", (screen.width >= 375 && screen.width = 1200) ? "true" : "false"); // DFP page level targeting googletag.pubads().setTargeting( "sc-pagetype-key", "article" ); googletag.pubads().setTargeting( "sc-page-key", "alibaba-qwen4-max-model-ai-baharu-lebih-pantas-dan-cekap-untuk-pengekodan-serta-ejen-ai" ); googletag.pubads().setTargeting( "sc-category-key", ["alibaba", "berita", "jenama"] ); googletag.pubads().setTargeting( "sc-tag-key", ["ai", "alibaba", "kecerdasan-buatan", "qwen4-max"] ); googletag.pubads().setTargeting( "sc-site-key", "soyacincaubm" ); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.pubads().setForceSafeFrame(false); googletag.pubads().setCentering(true); googletag.enableServices(); });
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Alibaba

Alibaba Qwen4-Max: Model AI baharu lebih pantas dan cekap untuk pengekodan serta ejen AI

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:51 pm
  • 23/11/2026
  • Komen
Alibaba Qwen4-Max: Model AI baharu lebih pantas dan cekap untuk pengekodan serta ejen AI
Share on FacebookShare on Twitter

Alibaba telah memperkenalkan Qwen4-Max, model kecerdasan buatan (AI) flagship terbaharunya yang didakwa sebagai model paling berkemampuan pernah dibangunkan syarikat itu. Model ini menawarkan peningkatan keupayaan dalam pengekodan, penaakulan kompleks, pemahaman visual dan tugasan AI secara autonomi.

Menurut Alibaba, Qwen4-Max mempunyai 2.4 trilion parameter, keupayaan memahami maklumat visual secara terbina dalam serta tetingkap konteks sehingga 1 juta token. Syarikat itu mendakwa model ini bukan sahaja mengatasi pendahulunya, Qwen3.8-Max, tetapi juga lebih cekap, kerana memerlukan sumber pengkomputeran dan kos yang lebih rendah untuk menyiapkan tugas yang kompleks.



Apa yang baharu pada Qwen4-Max?

Qwen4-Max dibangunkan menggunakan seni bina baharu Qwen4 dengan reka bentuk Sparse Mixture-of-Experts (MoE) yang dipertingkatkan. Meskipun model ini mempunyai jumlah parameter 2.4 trillion, ia hanya mengaktifkan sekitar 71 bilion parameter bagi setiap token. Jumlah tersebut adalah 25% lebih rendah berbanding Qwen3.8-Max, yang turut mempunyai 2.4 trilion parameter.

Pendekatan ini membolehkan model menggunakan sebahagian daripada parameternya sahaja ketika memproses setiap token, sekali gus mengurangkan penggunaan sumber pengkomputeran tanpa perlu mengaktifkan keseluruhan model.



Satu lagi kelebihan ialah tingkap konteks 1 juta token. Ini membolehkan Qwen4-Max memproses bahan yang panjang dan kompleks seperti dokumen bersaiz besar, pangkalan kod serta bahan penyelidikan dalam satu sesi. Ia turut menyokong keupayaan native vision, yang membolehkan model memahami dan membuat penaakulan berdasarkan maklumat visual.

Menurut Alibaba, Qwen4-Max menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam beberapa penanda aras AI yang menguji keupayaan pengekodan, tugasan AI autonomi, produktiviti kerja dan penaakulan visual.

Antara pencapaian yang dikongsikan termasuk menduduki tempat keenam dalam platform Code Arena yang menilai keupayaan pengekodan AI berdasarkan tugasan dunia sebenar. Ia juga mengatasi Qwen3.8-Max dalam penanda aras dalaman Alibaba Work360 yang merangkumi tugasan kompleks daripada 721 bidang khususdengan menggunakan 35% lebih sedikit token dalam mod penaakulan High effort.

Alibaba turut mendakwa kos purata untuk menyelesaikan setiap tugasan berkurangan sekitar 60%, berdasarkan keputusan penanda aras mereka.

Selain kegunaan chatbot biasa, Alibaba turut memposisikan Qwen4-Max untuk tugasan ejen AI (AI agent) yang boleh mengendalikan proses kompleks secara autonomi tanpa memerlukan arahan manusia pada setiap langkah.

Antara contoh yang diberikan, dalam pengurusan infrastruktur awan, Qwen4-Max boleh membantu menjadualkan penggunaan sumber secara autonomi. Alibaba mendakwa keupayaan ini mengurangkan kos panggilan model untuk anotasi data sebanyak purata 9%, sambil mempercepatkan proses penjadualan semula CPU luar talian lebih 14 kali ganda.

Bagi industri automotif, Alibaba menunjukkan bagaimana Qwen4-Max boleh membantu pengaturcaraan bahan kerja (workpiece programming) untuk proses pembuatan, masa kerja secara manual dapat dikurangkan sebanyak 95%, daripada sekitar 475 minit kepada hanya 24 minit.

Dalam satu eksperimen berkaitan pembangunan teknologi penyejukan cip generasi seterusnya, model Qwen berjaya menjalankan tugasan ejen AI secara berterusan selama 48 jam untuk menemui molekul penyejuk yang kemudiannya disahkan melalui eksperimen.

Sementara itu, dalam satu eksperimen penyelidikan Alzheimer yang menggunakan Qwen4-Max, model ini melakukan sebanyak 454 panggilan alat (tool calls) dan 3,239 penilaian metrik untuk mereka bentuk serta memperhalusi 24 calon molekul.

Harga Qwen4-Max

Qwen4-Max kini boleh diakses melalui platform QwenCloud, sama ada menerusi pelan Token Plan atau API. Pengguna juga boleh mengakses model ini melalui platform QwenWork dan QwenStudio.

Bagi pembangun yang ingin menggunakan API, berikut ialah kadar harga standardnya:

  • Input standard tanpa cache: USD1.50 (sekitar RM6.20) bagi sejuta token
  • Output: USD4.50 (sekitar RM18.50) bagi sejuta token
  • Input berulang melalui implicit caching: USD0.075 (sekitar RM0.31) bagi sejuta token

Untuk pengguna yang lebih gemar menggunakan pelan langganan, QwenCloud turut menawarkan pelan Individual Token bermula daripada USD3 (~RM12.40) sebulan menerusi Lite Plan. Harga ini merupakan harga promosi berbanding harga asal USD8 (sekitar RM33).

Pelan Lite memberikan pengguna:

  • 20,000 kredit setiap bulan.
  • Akses kepada beberapa model AI termasuk Qwen4-Max.
  • Sokongan menjalankan satu hingga dua ejen AI secara serentak.

Selain langganan bulanan, Lite Plan turut ditawarkan dalam pilihan suku tahunan pada harga USD17 (~RM70) dan tahunan pada harga USD65 (~RM268). Kedua-duanya turut menyediakan 20,000 kredit setiap bulan.

QwenCloud juga menawarkan pelan lebih tinggi iaitu Essential, Standard dan Pro untuk pengguna yang memerlukan jumlah kredit lebih banyak serta keupayaan menjalankan lebih banyak ejen AI secara serentak.

Tags: aiAlibabakecerdasan buatanQwen4-Max
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Alibaba Qwen4-Max: Model AI baharu lebih pantas dan cekap untuk pengekodan serta ejen AI

Alibaba Qwen4-Max: Model AI baharu lebih pantas dan cekap untuk pengekodan serta ejen AI

23 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026
Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN