• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Nova 4e ada tiga kamera belakang dan harga terendah

  • OLEH Najib
  • 4:02 pm
  • 14/03/2019
  • Komen
Huawei Nova 4e ada tiga kamera belakang dan harga terendah
Share on FacebookShare on Twitter

Serentak dengan pelanxaran di China, Huawei Malaysia hari ini memperkenalkan Nova 4e untuk pasaran Malaysia. Ia adalah telefon pintar dengan harga paling rendah yang memiliki tiga kamera belakang.

Nova 4e akan dijual di Malaysia pada harga RM1,199 bermula hari Sabtu ini, 16 Mac 2019. Ia boleh didapati di Stor Huawei Experiences, Stor Online Huawei, serta oengedar sah Huawei seperti Courts Mammoth, Harvey Norman, Senheng dan senQ.



Pembelian Nova 4e turut disertakan kad VIP Huawei. Ia memberikan pelbagai ganjaran dan diskaun untuk digunakan di banyak kedai dalam dan luar talian.

Nova 4e adalah peranti kelas pertengahan. Ia dikuasakan cip Kirin 710, RAM 6GB dan storan 128GB. Skrinnya sebesar 6.15-inci, bertakuk kecil titisan air dengan resolusi HD Penuh+.



Kapasiti bateri pula 3,340mAh dan dicas melalui port USB-C. Ia menyokong pengecasan pantas 9V/2A (18W).

Tiga kamera belakang di Nova 4e ialah lensa utama 24MP F1.8, lensa ultra lebar 120° 8MP F2.2 dan lensa pengesan kedalaman 2MP F2.4. Kamera hadapannya pula 32MP, antara tertinggi di telefon pintar.

Seperti Nova 4, telefon ini juga boleh menggunakan video untuk ringtone. Ini membolehkan pelbagai klip video termasuk dari tik tok digunakan sebagai ringtone.

Kepada yang berminat, jangan lupa untuk mendapatkan Nova 4e bermula sabtu ini, 16 Mac 2019. Terdapat tiga warna diaediakan iaitu putih, hitam dan warna istimewa peacock blue, kemasan warna gradien biru dan ungu.

Tags: HuaweiNova 4e
Najib

Najib

POPULAR

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Huawei Nova 4e ada tiga kamera belakang dan harga terendah

Huawei Nova 4e ada tiga kamera belakang dan harga terendah

14 March 2019
Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

13 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER