• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ZenFone Max Shot telefon pertama ASUS dengan 3 kamera belakang

  • OLEH Najib
  • 6:03 pm
  • 15/03/2019
  • Komen
ZenFone Max Shot telefon pertama ASUS dengan 3 kamera belakang
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS baru-baru ini memperkenalkan dua telefon pintar di bawah siri ZenFone Max. Ia dilancarkan di negara yang jarang menjadi lokasi awal telefon pintar diumumkan, Brazil.

Istimewanya dua model telefon pintar baru ASUS ini ialah penggunaan cip pemproses Qualcomm Snapdragon SiP buat pertama kalinya, serta tiga kamera di belakang.



ZenFone Max Shot

Telefon ini memiliki skrin seluas 6.26-inci, bertakuk besar di dahi dengan resolusi HD Penuh+. Rupanya saling tak tumpah dengan ZenFone Max Pro M1 termasuk pengimbas capjari yang terletak di belakang.

Di dalam, ia dikuasakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon SiP 1, 14nm 1.8GHz yang memiliki cip grafik Adreno 506. Ia disertakan RAM sehingga 4GB dan storan sehingga 64GB, dengan pilihan menambah storan melalui kad mikroSD.



Cip SiP berbeza dengan cip pemproses biasa SoC. Menurut Qualcomm, cip ini adalah yang pertama seumpamanya dan direka di Brazil. Ia dicipita untuk meningkatkan tahap efisyen rekaan, mengurangkan kos pembuatan dan mempercepatkan masa penghasilan buat OEM. Cip ini dikatakan setanding dengan cip Snapdragon 450.

Tiga kamera belakang di ZenFone Max Shot ialah gandingan lensa utama 12MP F1.8, lensa ultra lebar 8MP dan lensa pengesan kedalaman 5MP. Di hadapan, kameranya menggunakan sensor 8MP.

Bateri di dalam peranti ini sebesar 4,000mAh dan di cas melalui port mikroUSB. Ia menjalankan sistem operasi Android 8 Oreo dan dijual di Brazil pada harga BRL1,349 (~RM1,436).

ZenFone Max Plus M2

ASUS turut memperkenalkan telefon pintar mampu milik dengan dua kamera belakang, dikenali sebagai ZenFone Max Plus M2. Spesifikasinya hampir sama dengan ZenFone Max Shot tetapi memiliki RAM sebanyak 3GB dan storan 32GB sahaja.

Kamera belakang di ZenFone Max Plus M2 hanya dua lensa, iaitu lensa utama 12MP F1.8 dan lensa kedua mengesan kedalaman 5MP. Baterinya berkapasiti 4,000mAh dan mengecas melalui port mikroUSB.

ZenFone Max Plus M2 dijual pada harga BRL1,299 (~RM1,383). Buat masa ini, kedua-dua telefon ini hanya dijual di Brazil. Jika ditukar terus ke RM, harga telefon ini dilihat sangat mahal. Tapi ia mungkin dijual jauh lebih murah jika diperkenalkan di Malaysia kelak.

[Sumber: GSMarena, Qualcomm, ASUS]

Tags: asusZenFone Max Plus M2ZenFone Max Shot
Najib

Najib

POPULAR

ZenFone Max Shot telefon pertama ASUS dengan 3 kamera belakang

ZenFone Max Shot telefon pertama ASUS dengan 3 kamera belakang

15 March 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN