• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Zenfone Max Pro M1 dan Zenfone 5z sertai promosi ulangtahun Lazada

  • OLEH Najib
  • 7:23 pm
  • 25/03/2019
  • Komen
Tawaran eksklusif ASUS Zenfone 5z akan diumum di FB Live
Share on FacebookShare on Twitter

Sambutan ulangtahun Lazada pada 27 Mac 2019 disertai oleh pelbagai jenama dan salah satu darinya ialah ASUS. ASUS menawarkan beberapa produk mereka dengan harga istimewa, untuk waktu terhad.

Hanya selama 2 jam, dari pukul 12 tengah malam sehingga 2 pagi pada 27 Mac 2019, Zenfone Max Pro M1 boleh dibeli dengan diskaun RM130. Dari RM799, ia akan boleh dibeli dalam tempoh 2 jam dengan harga RM669 sahaja.



Zenfone Max Pro M1 dilancarkan tahun lepas, merupakan pesaing ketat Redmi Note 5. ia dikuasakan cip Snapdragon 636, RAM 6GB dan storan 64GB. Ia memiliki dua kamera belakang 16MP+5MP dan kamera depan 16MP.

Skrinnya berukuran 6.0-inci tanpa takuk, dengan resolusi HD Penuh+. Baterinya sebesar 5,000mAh dan dicas melalui port mikroUSB.



Satu lagi promosi ialah peranti kelas flagship, Zenfone 5z. Promosinya berjalan sepanjang hari pada 27 Mac nanti. Terdapat dua versi Zenfone 5z dalam promosi ini, dengan harga diskaun seperti berikut:

  • ASUS Zenfone 5z, RAM 6GB + storan 128GB – RM1,448 RM1,899
  • ASUS Zenfone 5z, RAM 8GB + storan 256GB – RM1,729 RM2,299

Bukan itu sahaja, pembeli boleh mendapat diskaun tambahan RM50 semasa pembelian. Maklumat lanjut tentang diskaun tambahan ini tidak pula diterangkan. Kami jangka, ia akan diberitahu pada 27 Mac nanti.

Zenfone 5z memiliki kuasa Snapdragon 845, cip terbaik tahun lepas. Skrinnya berukuran 6.2-inci, dengan takuk di atas. Bateri pula sebesar 3,300mAh dan dicas melalui port USB-C.

Di belakang, ia menggunakan dua kamera gandingan lensa utama 12MP F1.8 dan lensa kedua bersudut lebar. Bagi kamera depan, ia menggunakan sensor 8MP F2.0.

Dengan harga promosi ini, Zenfone 5z kelihatan sebagai peranti paling murah dengan RAM 8GB dan storan 256GB.

Jangan terlepas untuk mendapatkan peranti ASUS dengan harga menarik sempena ulangtahun Lazada pada 27 Mac nanti. Kena siap sedia dari pukul 12 tengah malam. Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman promosi Stor ASUS di Lazada.

Tags: asusLazadaZenFone 5zzenfone max pro m1
Najib

Najib

POPULAR

Tawaran eksklusif ASUS Zenfone 5z akan diumum di FB Live

Zenfone Max Pro M1 dan Zenfone 5z sertai promosi ulangtahun Lazada

25 March 2019
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN