• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tak ada di rumah atau pejabat? Lazada boleh hantar ke Collection Points

  • OLEH Najib
  • 2:33 pm
  • 26/03/2019
  • Komen
Tak ada di rumah atau pejabat? Lazada boleh hantar ke Collection Points
Share on FacebookShare on Twitter

Beli-belah dalam talian semakin menjadi kegemaran orang ramai masa kini. Apatah lagi pada 27 Mac ini, platfrom e-dagang terkemuka di Malaysia, Lazada akan mengadakan promosi besar-besaran sempena ulangtahun ke-7 di Malaysia.

Satu masalah besar membeli-belah dalam talian ialah untuk menerima barangan yang dibeli. Bagi mereka yang bekerja, sudah pasti tidak ada orang di rumah untuk menerimanya. Kadang-kadang, pejabat dilipih sebagai lokasi penghantaran. Tetapi bagaimana jika tidak ada orang di pejabat atau kita tidak mahu ia dihantar ke pejabat?



Untuk menyelesaikan masalah ini, Lazada memperkenalkan perkhidmatan Collection Points. Dengan perkhidmatan baru ini, pelanggan tidak lagi perlu risau bahawa kehadiran mereka diperlukan semasa penghantaran, kerana kini mereka boleh mengambil bungkusan mengikut lokasi dan masa pilihan mereka.

Lazada bekerjasama dengan CollectCo, yang memiliki lebih 200 lokasi untuk membantu sebagai Collection Points. Penghantaran ke Collection Point akan dikendalikan oleh LEL Express (LEX). Lebih banyak rakan kongsi akan ditambah untuk mengembangkan lokasi Collection Point di masa akan datang.



Bagaimanapun, tidak semua barangan boleh dihantar ke Collection Points. Selepas memasukkan semua barangan yang ingin dibeli ke dalam troli, anda boleh menyemak samada ia layak untuk penghantaran Collection Points di skrin Checkout.

Jika ada, anda akan boleh memilih lokasi penghantaran yang disenaraikan mengikut kesesuaian anda. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan di Lembah Klang sahaja. Senarai Collection Points boleh dirujuk di sini.

Apabila bungkusan tiba di Collection Points, pelanggan akan dimaklumkan menerusi emel, SMS dan notifikasi aplikasi Lazada. Di dalam makluman tersebut, akan disertakan kata laluan OTP dan ia perlu diambil dalam tempoh 3 hari. Jika tidak diambil, ia akan dikembalikan kepada pengirim asal.

Mudah bukan, tak perlu lagi menunggu ketibaan kurier di depan pintu. Ambil bila-bila masa mengikut kesesuaian anda, tapi dalam tempoh 3 hari tau.

Tags: Collection PointLazada
Najib

Najib

POPULAR

Tak ada di rumah atau pejabat? Lazada boleh hantar ke Collection Points

Tak ada di rumah atau pejabat? Lazada boleh hantar ke Collection Points

26 March 2019
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN