Di Paris, selain melancarkan produk yang megolah semula hukum fotografi, Huawei jug amelancarkan sejumlah produk yang tak kurang uniknya untuk melengkapkan ekosistem mereka. Empat daripadanya, masing-masing satu untuk pek kuasa, dua produk audio, dan satu dalam kategori kaca mata pintar.
Huawei SuperCharge Power Bank
Jika anda berfikir yang ini adalah power bank biasa seperti yang boleh dibeli dari Xiaomi, ternyata anda silap besar. Digelar SuperCharge Power Bank, pek kuasa Huawei ini mampu memancut keluar kuasa setinggi 40 W masuk ke peranti anda.
Bukan sahaja menyediakan fungsi pengecasan pantas dalam pek mudah alih, power bank ini juga dimaklumkan mampu mengecas segala macam gajet dari telefon, laptop, hinggalah ke Nintendo Switch anda. Bagi memastikan tahap keselamatan yang tinggi, Huawei mendapatkan pensijilan TUV Rheinland untuk jadikan produk ini yang pertama di dunia seumpamanya.
Sepantas manakah ia mengecas P30 Pro? Dalam pembentangan di Paris tak lama dulu, ia mengisi P30 Pro dari 0% hingga 70% dalam masa cuma 30 minit berbanding 26% jika menggunakan pek kuasa konvesional. Mengecas masuk pek kuasa ini juga dilakukan secara pantas. Kesemua 12k mAh betari ini terisi cuma dalam masa kurang sekitar 134 minit saja.
Di EU, produk ini akan dijual pada harga EUR 99 (RM 454).
Huawei FreeLace & Freebuds Lite
Di bahagian audio, Huawei memperkenalkan FreeLace & FreeBuds Lite. FreeLace adalah headfon Bluetooth biasa tapi dengan rekaan yang intuitif. Salah satu daripada speakernya boleh ditanggalkan untuk mendedahkan penyambung USB-C. Ia digunakan untuk mengecas, ataupun menambat telefon dengan FreeLace jika proses sambungan secara Bluetooth tidak berjaya.
Satu cas penuh boleh memberikan waktu penggunaan sehingga 18 jam manakala pengecasan 5 minit memberikan waktu penggunaan sehingga 4 jam lamanya.
FreeBuds Lite adalah pesaing kepada AirPods untuk memberikan pengalaman nirkabel yang sebenar. Satu pengecasan penuh memberikan waktu penggunaan sehingga 12 jam lamanya. Bekas yang hadir bersama set kepala ini turut berfungsi sebagai pengecas selain menjadi perumah kepadanya.
FreeLace akan dijual pada harga EUR 99 (RM 454) manakala FreeBuds Lite pada harga EUR 199 (RM 913).
Cermin Mata Huawei x Gentle Monster
Huawei turut mengambil kesempatan untuk mengumumkan kerjasama mereka dengan sebuah pengeluar produk cermin mata, Gentle Monster, dalam usaha mereka mengilah semula cermin mata pintar.
Walaupun tiada harga diumumkan untuk produk ini, Huawei membentangkan bagaimanakah ia akan berfungsi kelak.
Rupa kaca mata ini tidak seburuk Google Glass ataupun sepelik cermin mata Snapchat, tapi nampak seperti cermin mata biasa.
Ia tidak memliki paparan digital sebaliknya penggunaannya ditumpukan pada menerima panggilan dan arahan suara. Jadi, tiada kamera boleh ditemui pada rangka cermin mata ini.
Produk ini dijangka menemui pengguna selewat-lewatnya Julai 2019.