• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Grab lancar sistem pengecaman wajah penumpang pertingkat keselamatan perjalanan

  • OLEH Najib
  • 11:43 am
  • 11/04/2019
  • Komen
Grab lancar sistem pengecaman wajah penumpang pertingkat keselamatan perjalanan
Share on FacebookShare on Twitter

Grab hari ini melancarkan fungsi pengesahan penumpang yang baru, menerusi teknologi pengecaman wajah. Ia untuk meningkatkan tahap keselamatan perjalanan terutama sekali dari jenayah berkaitan penumpang.

Fungsi ini telah diperkenalkan lebih awal tahun ini kepada penumpang terpilih. Menurut Grab, ia telah berjaya mengurangkan kadar jenayah berkaitan penumpang sebanyak 30% apabila telah dikuatkuasakan untuk penumpang baru.



Untuk pendaftaran baru akaun Grab, pengguna perlu menangkap gambar swafoto terlebih dahulu menerusi aplikasi sebagai satu bentuk pengesahan. Teknologi pengecaman wajah di dalam aplikasi Grab dinyatakan boleh mengecam wajah asli, bukannya gambar. Ia juga boleh menolak tangkapan swafoto yang tidak sesuai.

Grab menjamin data yang diperoleh ini hanya digunakan untuk satu kali pengesahan sahaja. Ia juga dilindungi mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA). Gambar ini tidak akan digunakan sebagai gambar profail atau dikongsi dengan pihak luar, termasuk pemandu dan peniaga. Ia akan dilaksanakan secara berperingkat kepada semua penumpang.



Menurut Pengurus Besar Grab Malaysia, Sean Goh, dari tinjauan Grab, mereka yang berniat jahat sering membuat jenayah dalam masa 4x penggunaan aplikasi Grab selepas pendaftaran. Dengan fungsi pengecaman wajah ini, kami melihat pengurangan jenayah yang mendadak dalam jenayah berkaitan penumpang. Kami yakin, gabungan teknologi dan kerjasama pihak berkuasa boleh mencegah jenayah dan membantu memastikan perjalanan pemandu dan penumpang lebih selamat.

Pengenalan teknologi ini merupakan satu lagi langkah keselamatan yang diperkenalkan Grab di dalam platform mereka. Lain-lain inisiatif keselamatan yang terdapat di Grab ialah seperti Perkongsian Perjalanan, Butang Kecemasan SOS, perlindungan nombor telefon, Insuran Kemalangan Peribadi, dan semakan latar belakang pemandu yang ketat.

Tags: Grab
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Grab lancar sistem pengecaman wajah penumpang pertingkat keselamatan perjalanan

Grab lancar sistem pengecaman wajah penumpang pertingkat keselamatan perjalanan

11 April 2019
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN