• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ujian rangkaian 5G Digi catat kelajuan mencecah 1.6Gbps

  • OLEH Najib
  • 4:08 pm
  • 12/04/2019
  • Komen
Ujian rangkaian 5G Digi catat kelajuan mencecah 1.6Gbps
Share on FacebookShare on Twitter

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) juga nampaknya telah bersiap sedia untuk mempamerkan pencapaian rangkaian 5G mereka dalam Pameran 5G Pertama Malaysia yang berlangsung di Putrajaya minggu depan. Beberapa demonstrasi telah disediakan untuk memperlihatkan keupayaan rangkaian 5G Digi.

Menerusi ujian kelajuan yang dibuat, Digi mencatatkan kelajuan lebih cepat melalui kapasiti rangkaian lebih besar, dengan kelajuan sehingga 1.6Gbps pada rangkaian 5G dengan spektrum 100 megahertz (MHz).



Kelajuan mencecah 1.6Gbps

Digi akan memaparkan tiga aplikasi 5G dalam pameran ini meliputi bidang Perkhidmatan Kecemasan, Pendidikan dan e-sukan. Pameran ini juga akan memberi gambaran akan kelebihan serta impak 5G terhadap infrastruktur awam, perniagaan dan pengguna pada umumnya.

Setiap aplikasi tersebut akan menunjukkan bagaimana 5G boleh membantu mempercepatkan masa tindak balas kecemasan semasa berlakunya kemalangan jalan raya, memperkaya sistem pendidikan dengan menggunakan teknologi realiti terimbuh (AR), dan memperkasa e-sukan dengan ciri permainan yang lancar menerusi teknologi realiti maya (VR).



Pameran 5G Malaysia yang bertemakan “Progressing Humanity” dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama syarikat komunikasi terkemuka dan institusi pengajian tinggi.

Pameran tersebut akan dibuka kepada orang awam pada 20 dan 21 April di Kompleks Perbadanan Putrajaya di mana pengunjung berpeluang menyaksikan sendiri potensi peneraju dalam teknologi telekomunikasi yang seterusnya ini.

Tags: 5gdigi
Najib

Najib

POPULAR

Ujian rangkaian 5G Digi catat kelajuan mencecah 1.6Gbps

Ujian rangkaian 5G Digi catat kelajuan mencecah 1.6Gbps

12 April 2019
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN