• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 7 akan datang dalam 3 perisa berbeza

  • OLEH Najib
  • 12:43 pm
  • 15/04/2019
  • Komen
OnePlus 7 akan datang dalam 3 perisa berbeza
Share on FacebookShare on Twitter

Tradisi OnePlus sebelum ini ialah melancarkan dua model telefon pintar dalam setahun. Versi biasa dan beberapa bulan kemudian versi T yang diberi sedikit naik taraf dari versi biasa. Tetapi untuk OnePlus 7, ia mungkin membawa cerita berbeza.

Flagship killer untuk tahun ini dikatakan akan datang dalam tiga model. OnePlus 7 biasa, OnePlus 7 Pro dan satu lagi ialah versi 5G. Ini kelihatan agak menyerupai cara yang diperkenalkan Samsung untuk siri Galaxy S10 mereka.



Perkara ini disahkan menerusi gambar yang dikongsi di Weibo. Untuk OnePlus 7 Pro, ia akan dikuasakan cip Snapdragon 855 bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Skrinnya melengkung di kedua belah sisi, tanpa sebarang takuk. Rekaan ini menyerupai gambaran yang dikongsi @OnLeaks sebelum ini.

Skrin OnePlus 7 Pro berukuran 6.67-inci menggunakan paparan Super Optic. Skrin ini jauh lebih besar dari OnePlus 6T iaitu 6.41-inci. Kamera belakangnya pula menggabungkan tiga kamera, 48MP + 16MP + 8MP. Dijangka ia adalah kamera ultra lebar dan telefoto, di samping kamera utama.



Gambaran OnePlus 7 oleh @OnLeaks

Sudah pasti, versi bukan pro akan tampil dengan skrin lebih kecil, tetapi belum ada khabar angin berkenaanya. Dijangkakan, luasnya sekitar 6.5-inci atau lebih kecil, dengan skrin rata dan tidak melengkung di sisi.

Akhir sekali ialah OnePlus 7 5G, dikatakan akan menjadi telefon pintar 5G pertama di Eropah. Ia mungkin menggunakan platform OnePlus 7 Pro dan ditambah keupayaan rangkaian 5G padanya. Memandangkan OnePlus mahu jadi yang pertama melancarkan telefon 5G di Eropah, edisi 5G ini pasti dilancarkan bersama kelak.

BTW, I have just got the model numbers of the OnePlus 7 Variants confirmed so here they are:
GM1901,03,05 -> OnePlus 7
GM1911,13,15,17 -> OnePlus 7 Pro
GM1920 -> OnePlus 7 Pro 5G
PS: Still not 100% Sure, maybe for development only.https://t.co/UnInwWs7FI#OnePlus7 #OnePlus7Pro pic.twitter.com/kYvjLyBkLC

— Ishan Agarwal (@ishanagarwal24) April 9, 2019

Pembocor bersiri @ishanagarwal24 berkongsi nombor model beberapa variasi OnePlus 7. Menurutnya, OnePlus 7 akan menggunakan nombor model GM1901, GM1903 dan GM1905, manakala versi pro pula dilabel GM1911, GM1913, GM1915 dan GM1917. Untuk versi 5G, ia menggunakan nombor model GM 1920. Nombor model ini masih dalam pembangunan dan ia mungkin berubah di peringkat akhir.

Dari laporan sebelum ini, OnePlus 7 dikhabarkan akan tampil dengan skrin tanpa bingkai dengan kamera yang boleh disembunyi. Ia disertakan pengimbas capjari di dalam skrin dan bateri sebesar 4,150mAh. Pengecas baru OnePlus Warp 30W yang diperkenal di OnePlus 6T McLaren, juga akan disertakan di OnePlus 7.

[Sumber: Weibo, PhoneArena]

Tags: OnePlusOnePlus 7
Najib

Najib

POPULAR

OnePlus 7 akan datang dalam 3 perisa berbeza

OnePlus 7 akan datang dalam 3 perisa berbeza

15 April 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN