• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nokia Malaysia potong harga dua telefon Android

  • OLEH Najib
  • 10:23 pm
  • 06/12/2017
  • Komen
Nokia Malaysia potong harga dua telefon Android
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda berminat dengan telefon yang memberikan pengalaman Android asli pada harga bajet, boleh jenguk tawaran dari Nokia Malaysia ini.

2 model telefon pintar Nokia berasaskan Android kini diberikan diskaun RM100. Nokia 3 yang berharga RM599, kini dijual hanya RM499. Manakala Nokia 5 pula, hanya RM699 sekarang berbanding RM799 asalnya.



Promosi ini dilihat untuk menyambut hari krismas yang bakal menjelang. Selain diskaun, Nokia turut memberikan hadiah percuma bernilai RM200 bersama pembelian Nokia 3 dan Nokia 5.

Nokia 5 merupakan peranti dengan skrin 5.2-inci HD 720p. Ia dikuasakan cip Snapdragon 430, 2GB RAM & 16GB storan.



Kamera belakangnya 13MP f/2.0, manakala kamera hadapan 8MP f/2.0. Baterinya pula sebesar 3,000mAh.

Nokia 3 adalah telefon yang lebih kecil, dengan skrin 5.0-inci HD 720p. Ia menggunakan cip Mediatek MT6737, 2GB RAM dan 16GB storan.

Kamera hadapan dan belakang, kedua-duanya 8MP f/2.0 dengan auto fokus. Bateri 2,630mAh terdapat di dalamnya.

Senarai penjual telefon pintar Nokia boleh disemak di sini. Untuk yang lebih berminat membeli dalam talian, boleh mendapatkan Nokia 5 dan Nokia 3 di Lazada.

Tags: NokiaNokia 3Nokia 3 MalaysiaNokia 5Nokia 5 MalaysiaNokia Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Nokia Malaysia potong harga dua telefon Android

Nokia Malaysia potong harga dua telefon Android

6 December 2017
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN