• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 20 akan dilancar di London dengan tarikh misteri 444

  • OLEH Najib
  • 5:09 pm
  • 15/04/2019
  • Komen
Honor 20 akan dilancar di London dengan tarikh misteri 444
Share on FacebookShare on Twitter

Honor hari ini mengumumkan akan melancarkan telefon pintar flagship mereka, Honor 20. Majlis pelancaran peringkat antarabangsa ini akan diadakan di London pada bulan Mei, tetapi tarikh sebenarnya tidak diberitahu secara terus.

Sebaliknya, Honor berkongsi sebuah gambar dengan teki-teki padanya. Lebih tepat lagi, Honor mahu orang ramai membuat kiraan matematik untuk mendapatkan tarikh tersebut. Masalah matematik yang perlu anda selesaikan ialah berikut:



444 + 4 x 4 x 4 + ( 4 + 4 ) / 4 + 44 / 4 = ???

Kami sudah ada jawapannya. Tipsnya, pastikan anda mengikut hukum operasi matematik iaitu:

  1. Selesaikan kurungan dahulu
  2. Selesaikan darab dan bahagi
  3. Tambah dan tolak, dari kiri ke kanan

Selain itu, Honor juga menegaskan terdapat sesuatu yang istimewa melibatkan nombor 4 di Honor 20. Apa agaknya?



Dalam satu berita terbocor di Weibo sebelum ini, Honor 20 dikatakan akan datang dengan 3 kamera belakang iaitu kamera 48MP+20MP+8MP, dengan kemampuan 3x zum optikal. Kamera hadapannya pula 32MP.

Ia memiliki skrin OLED 6.1-inci bertakuk kecil titisan air, dengan pengimbas capjari tertanam di dalam skrin. Peranti ini akan dikuasakan pemproses Kirin 980, dengan RAM hingga 8GB dan storan 256GB.

Bateri di Honor 20 pula hanya sebesar 3,650mAh dengan sokongan pengecas SuperCharge 22.5W melalui USB-C. Sedikit sebanyak, ia amat mirip dengan Huawei P30.

Tetapi dalam satu berita dari GSMarena pula, mereka berkongsi gambar tentang casing Honor 20, yang dilihat seperti memiliki 4 kamera belakang, dengan kamera ke-4 ialah ToF untuk mengesan kedalaman 3D. Adakah no 4 merujuk kepada 4 kamera belakang di Honor 20?

Tidak mustahil Honor 20 merupakan klon Huawei P30 kerana telah menjadi tradisi, Honor akan menghasilkan telefon pintar berasaskan rekaan telefon Huawei. Kita tunggu tarikh 21 Mei nanti untuk maklumat lanjut tentangnya.

Tags: honorHonor 20
Najib

Najib

POPULAR

Honor 20 akan dilancar di London dengan tarikh misteri 444

Honor 20 akan dilancar di London dengan tarikh misteri 444

15 April 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

10 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER