Honor 20 akan menjadi klon Huawei P30 Pro?

Flagship terakhir yang dilancarkan oleh Honor ialah View 20. Ia dilengkapi kuasa yang hampir sama dengan Mate 20 Pro. Selepas P30 Pro dilancarkan, timbul pula khabar angin tentang kedatangan klonnya dari Honor.

Cakap-cakap di alam maya mengatakan, klon P30 Pro akan datang dari Honor ialah Honor 20. Khabar angin yang menyenaraikan spesifikasi Honor 20 telah mula terpampang di laman media sosial weibo.

Spesifikasi Honor 20

Dari senarai itu, ia menyatakan Honor 20 akan memiliki skrin OLED 6.1-inci bertakuk kecil titisan air, menempatkan kamera hadapan 32MP. Ia menjalankan pemproses Kirin 980, dengan RAM hingga 8GB dan storan 256GB. Ia juga akan disertakan pengimbas capjari di dalam skrin.

Semua ciri-ciri ini amat menyerupai Huawei P30 Pro. Tetapi jarang Honor menggunakan kamera yang sama dengan Huawei.

Honor 20 akan menggunakan konsep tiga kamera, gabungan kamera 48MP+20MP+8MP dengan kemampuan 3x zum optikal. Kamera utamanya dikhabarkan akan menggunakan sensor Sony IMX600, berbanding IMX586 yang terdapat di View 20.

Bateri di Honor 20 pula hanya sebesar 3,650mAh dengan sokongan pengecas SuperCharge 22.5W melalui USB-C. Ini berbeza dengan P30 Pro yang menyokong pengecas 40W.

Khabar angin ini bertiup lebih kencang apabila laman GSMArena menyatakan mereka telah memperoleh gambar tentang casing Honor 20. Dari rupanya, susunan kamera belakangnya amat mirip dengan P30 Pro. Tiga kamera disusun menegak dan terdapat ruang petak di sisi untuk kamera ke-4 dan LED Flash.

Berita yang sama dari laman weibo turut berkongsi tentang harga Honor 20 kelak. Ia bermula dari RMB2,999 (~RM1,830) dengan RAM 6GB dan storan 128GB, sehinggalah RMB3,799 (~RM2,318) untuk RAM 8GB dan storan 256GB.

BACA  Huawei Mate 20 Pro Tak Sesuai Diguna Bersama Headset Bluetooth Dan Ini Sebabnya

Untuk perbandingan, Honor View 20 dijual di Malaysia pada harga RM1,999 (RAM 6GB +storan 128GB) dan RM2,499 (RAM 8GB + storan 256GB).

Bagaimanapun, ini semua masih khabar angin yang boleh diambil ceritanya dengan secubit garam dan gula. Tetapi dari sejarah sebelum ini, tidak hairan jika berita ini menjadi benar kerana flagship Honor sering diklon dari siri Huawei P.

[Sumber: weibo, GSMArena]