• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Telco Digi

Value Added Services: Penyakit Kronik Dalam Digi Yang Perlu Diubati

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:13 pm
  • 25/04/2019
  • Komen
Value Added Services: Penyakit Kronik Dalam Digi Yang Perlu Diubati
Share on FacebookShare on Twitter

Kemas kini

Digi menyeru pada semua pengguna yang terkesan dengan VAS untuk laporkannya kepada pihak khidmat pelanggan di hotline, Live Chat atapun laman komuniti Digi. Ia membolehkan Digi mengumpulkan maklumat tentang pihak ketiga yang mengenakan caj tak munasabah kepada anda.




Ada beberapa orang dalam keluarga saya adalah pelanggan pascabayar Digi. Mereka port in daripada Celcom apabila berkenan dengan tawaran Digi Postpaid Family.

Ini adalah penyata bil Mac 2019

Penyata Mac 2019

Pada bahagian Mobile Services, anda akan nampak Value Added Services (VAS) daripada pelbagai nombor 5 angka. Ia adalah servis yang tidak pernah dilanggan oleh pemilik akaun dan ia dicaj RM69.50 tanpa persetujuan pemilik akaun.



Sejurus melihat bil itu, saya lakukan perkara ini:

  • Hantar SMS STOP ALL ke setiap nombor itu seperti yang dicadangkan di laman komuniti Digi.
  • Imbasan malware gunakan APP ini, dan periksa semua permission yang diberikan Android dan matikan semua akses SMS pada semua APP yang tidak berkaitan.
  • Ingatkannya untuk berhati-hati dengan pautan yang dibuka sama ada daripada Whatsapp ataupun pop-up di laman web.

Ada satu lagi langkah yang saya tak berjaya lakukan. Menurut laman ini, anda boleh unsubscribe melalui MyDigi APP. Tapi itu adalah antara muka APP lama dan pada yang baru pun tidak menyenaraikan sebarang Value Added Services untuk dinyahaktifkan.

Di laman FAQ masih gunakan imej APP lama

Penyata April 2019 tiba tapi…

Penyata April 2019

Isu VAS masih ada malah, lebih parah. Terdapat servis daripada nombor yang serupa daripada bulan sebelumnya dan ada juga daripada nombor yang baru dan kali ini jumlahnya melebihi RM131.

Kami pun menghubungi pihak Digi melalui dua saluran:

  • Digi Live Chat
  • 016 2211 800

Dari Live Chat, pihak yang saya hubungi memaklumkan yang mereka tidak boleh menghalang telefon daripada melanggan VAS ataupun mematikan servis VAS bagi pihak pelanggan mereka.

Tapi, dia akan cuba untuk memohon refund secara “one time basis” yang akan tertera dalam penyata bulan berikutnya iaitu bulan Mei 2019. Dia cuba meminta pemegang akaun lebih berhati-hati dengan pautan yang dibuka untuk mengelakkan mereka ditipu.

Pegawai Digi Live Chat akan lakukan proses refund

Tidak berputus asa, kami hubungi pula 016 2211 800 untuk mengajukan masalah yang sama. Tapi kali ini, pegawai yang menerima aduan kami memaklumkan yang dia akan block terus nombor-nombor servis 5 angka ini daripada mengecas akaun kami.

Namun, dia juga beri tahu yang hanya VAS yang sudah dilanggan boleh di-block. Jadi kami mungkin perlu menghubungi Digi kembali untuk ulangi proses ini jika ada VAS dari nombor yang baru tertera dalam penyata.

Mengapa saya beroleh dua jawapan berbeza daripada telco ini, tidak pula saya ketahui.

Selesai untuk penyata bulan April.

Daripada APP MyDigi, ruangan unbilled amount setakat 26 April 2019 sudahpun mencecah RM15 dan berkemungkinan besar ia adalah caj daripada VAS.

Unbilled Amount sudahpun berjumlah RM15 setakat 25 April 2019

Cara Yoodo tangani isu VAS

Saya sendiri adalah pelanggan Yoodo. Melalui fungsi Live Chat yang terbina dalam APP Yoodo, saya bertanyakan tentang permasalahan VAS ini. Pengguna yang menghadami masalah VAS tentunya berpuas hati dengan pendekatan Yoodo terhadap VAS.

Mereka menghalang semua servis VAS daripada nombor 5 angka kecuali daripada lima pengendali tertentu. Dia juga memberitahu yang Yoodo tidak ada servis pay per usage (PPU) ataupun pay per view (PPV) .

Pendekatan VAS di telco Yoodo

Maka, pengguna tak mungkin akan berdepan masalah VAS.

Pada saya, ia adalah solusi yang berkesan, lebih-lebih lagi buat golongan yang tidak terlalu cekap teknologi.

Digi mahukan langkah pencegahan daripada pihak pengguna. Tapi di pihak mereka, cuma ada langkah membaiki sahaja.

Saya bukanlah keseorangan, carian ringkas di laman komuniti Digi, masalah sudah mula dilaporkan sejak 2015.

Adakah anda menghadapi masalah yang sama daripada telco ini ataupun daripada telco lain?

Tags: digitelcovalue added services
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Value Added Services: Penyakit Kronik Dalam Digi Yang Perlu Diubati

Value Added Services: Penyakit Kronik Dalam Digi Yang Perlu Diubati

25 April 2019
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Hargai penjawat awam: Astro perkenal pakej eksklusif dengan penjimatan sehingga RM960

Hargai penjawat awam: Astro perkenal pakej eksklusif dengan penjimatan sehingga RM960

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER