Bulan Ramadhan semakin hampir, bermakna persediaan untuk pulang ke kampung halaman untuk hari raya juga harus disiapkan lebih awal. AirAsia kini mengumumkan penerbangan tambahan lewat malam untuk rakyat Malaysia pulang ke kampung halaman, dengan tambang rendah tetap.
Untuk penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Johor Bahru, tambang rendah tetap bermula dari RM99. Manakala dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak ialah RM149, dan Semenanjung Malaysia ke Sabah pula RM199.
Tambang rendah tetap ini tersedia untuk perjalanan antara 31 Mei dan 17 Jun 2019. AirAsia juga akan menawarkan tambang rendah untuk laluan terpilih ke Sabah dan Sarawak untuk perjalanan antara 27 Mei dan 30 Mei 2019, sempena Pesta Menuai dan Hari Gawai.
Harga terendah ini diberikan istimewa untuk ahli AirAsia Big. Untuk bukan ahli, mereka perlu membayar harga yang lebih tinggi sedikit. Pendaftaran AirAsia Big ialah percuma, jadi pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli AirAsia Big terlebih dahulu.
Para tetamu yang melakukan perjalanan sepanjang tempoh ini dinasihatkan untuk tiba lebih awal ke lapangan terbang kerana kesesakan dijangka akan berlaku di pemeriksaan keselamatan dan kaunter daftar masuk.
Semua tetamu juga dinasihatkan untuk mendaftar masuk secara dalam talian dan mencetak pas masuk mereka sendiri. Daftar masuk melalui web dan aplikasi mudah alih boleh dibuat dari 14 hari sebelum waktu pelepasan untuk semua penerbangan AirAsia.
Rancang perjalanan anda sebaiknya agar tidak terlepas peluang untuk berhari raya bersama keluarga tercinta.
[Sumber: AirAsia]