Shopee kini kembali dengan promosi hari raya mereka iaitu Hari Raya Shopee. Kempen yang bermula pada 25 April sehingga 6 Jun itu, menyediakan pelbagai tawaran menarik dan diskaun sehingga 80% daripada 600 jenama di Shopee Mall dan 450,000 penjual, menjadikan persiapan Raya lebih meriah dari sebelumnya.
Para pelanggan dapat menikmati perbelanjaan yang rendah bagi persiapan hari raya yang ditawarkan oleh shopee antaranya pulangan tunai setiap hari, kemudahan iftar, pembelian rumah dan kenderaan serta banyak lagi.
Tawaran hebat dari Shopee
Antara tawaran menarik yang disediakan buat para pelanggan adalah:
- Sebanyak 200% pulangan tunai setiap hari pada Cashback Day dipertingkatkan dan pada setiap Isnin baucar dikeluarkan pada waktu tertentu untuk membolehkan para pelanggan membuat bayaran balik.
- Shocking Sale setiap hari dengan tawaran serendah RM1 dengan kekerapan yang dinaikkan kepada lapan kali pada hari Rabu.
- Goyang Shopee memberi ganjaran Shopee Coins, dimana jumlah baucar dan hadiah bernilai sehingga RM5 juta seperti telefon Xiaomi, vakum robotik dan kamera dengan lebih banyak peluang pada hari Jumaat.
- Shopee Live, platform penstriman secara langsung untuk menawarkan pengalaman membeli-belah lebih interaktif dan menghiburkan, dan juga untuk membolehkan jenama dan penjual memaparkan produk mereka. Shopee Live berlangsung pada hari Isnin hingga Jumaat, 8.30pm dan 9.30pm, membawakan tokoh berpengaruh dan selebriti tempatan seperti Brandon Ho, Melissa Th’ng, Mark Odea, Sophia Liana, Shalma Ainaa dan Sweet Qismina.
- Shopee Quiz yang berlangsung pada hari Isnin hingga Jumaat jam 12pm; menguji pengetahuan anda dengan menjawab lapan soalan. Pemenang akan menerima hadiah sehingga dua juta Shopee Coins setiap sesi.
Kemudahan Iftar pada bulan puasa
Tawaran hebat dari Shopee tidak hanya berhenti disitu, pihak Shopee juga turut menyediakan tawaran kemudahan untuk berbuka puasa seperti berikut:
- Coffee Bean & Tea Leaf: Pelanggan juga dapat menikmati potongan harga sehingga 47% untuk minuman semasa Shocking Sale dari hari Isnin hingga Jumaat bermula 16 Mei 2019. Baucar hanya boleh digunakan di Lembah Klang kecuali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
- Kenny Rogers Roasters: Diskaun sehingga 40% untuk Creamy i-Yam set makanan keluarga dari 6 Mei 2019 turutv diberikan buat para pelanggan.
- Tawaran Bufet: Diskaun sebanyak 30% di Hotel Maya Kuala Lumpur, manakala diskaun sebanyak 20% di The Boulevard Hotel Kuala Lumpur dan potongan harga sebanyak RM20 di Royale Chulan Seremban.
Beli rumah dengan Shopee
Selain barang-barang keperluan, kini rumah juga boleh dibeli di Shopee. Dengan kerjasama antara Shopee dan pemaju hartanah terkenal SP Setia, pelanggan boleh membeli rumah dengan harga yang bermula dari RM262,000 ke atas. S P Setia menawarkan pangsapuri, rumah teres dua tingkat dan rumah superlink yang sedia didiami di Shopee. Pelanggan hanya perlu membayar yuran tempahan RM688 untuk rumah kediaman pilihan mereka sebelum mengunjungi galeri jualan untuk menyempurnakan proses pembelian.
Dengan pembayaran yuran tempahan ini, pelanggan dijamin bahawa unit yang ditempah mereka akan diperuntukkan di bawah nama mereka. Lapan pelanggan pertama yang berjaya membeli rumah dari kedai rasmi SP Setia di Shopee berpeluang untuk menerima rebat sehingga 25% dan baucar Shopee bernilai RM3,888, dan juga kit rumah bernilai RM5,000.
Kereta dan motorsikal juga turut ditawarkan
Shopee AutoMall membolehkan pengguna membeli pelbagai jenis kereta dan motosikal dari pelbagai jenama antaranya Honda, Toyota, BMW, Ford, Hyundai, Mazda dan Mitsubishi. Selain hanya dengan tempahan serendah RM1, pelanggan juga turut menerima kadar faedah lebih rendah 1.81% setiap tahun, rebat, hadiah percuma dan aksesori tambahan serta diskaun sehingga 29% untuk motosikal apabila membeli kenderaan melalui Shopee AutoMall.
Manfaat tambahan
Selain itu, Shopee turut memberikan manfaat tambahan buat para pelanggan sepanjang kempen tersebut berlangsung:
- Maybank: Pengguna Kad Maybank Visa Signature akan menikmati 10% pulangan tunai Shopee Coins apabila membeli-belah di Shopee sepanjang tempoh kempen Raya.
- Visa(Rakan Kad Premier Rasmi): Diskaun akan diberikan kepada para pelanggan sebanyak RM15 dengan perbelanjaan minimum RM150 pada hari-hari tertentu.
- Muslim Pro: 200 pelanggan pertama akan mendapat Langganan Premium Sepanjang Hayat bernilai RM114.90 untuk hanya RM1.
- MaxMoney: Berbelanja dan dapatkan sehingga 4x lebih banyak wang tunai yang akan dihantar terus ke depan pintu rumah anda. Tukar mata wang melalui talian dan jimat lebih banyak wang dengan pembelian baucar tunai terlebih dahulu di kedai rasmi MaxMoney di Shopee.
- Penghantaran Percuma: Penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum yang diturunkan kepada RM20 dengan DHL (sekarang hingga 24 Mei) dan J&T ExpressMalaysia (hari ini hingga 9 Mei).