• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

5 pengeluar sedia hasilkan peranti dengan pengimbas di dalam skrin

  • OLEH Najib
  • 1:24 pm
  • 14/12/2017
  • Komen
5 pengeluar sedia hasilkan peranti dengan pengimbas di dalam skrin
Share on FacebookShare on Twitter

Jika tahun ini adalah tahun skrin nirbingkai, maka tahun depan adalah tahun pengimbas capjari di dalam skrin. Walaupun sudah lama digembar-gemburkan, kali ini ia akan direalisasikan.

Synaptics, salah satu syarikat pengeluar teknologi biometrik mengumumkan sensor pengimbas capjari di dalam skrin pertama di dunia, dikenali sebagai “Clear ID FS9500“. Sensor ini membolehkan imbasan capjari dilakukan terus dari paparan.



Pengimbas di dalam skrin ini boleh menjimatkan lagi ruang kerana tidak lagi memerlukan kawasan tersendiri, malah ia juga boleh digunakan dalam keadaan basah, kering atau sejuk. Selain itu, pengimbas ini boleh dihidup atau dimatikan bila-bila masa.

Sensor keluaran Synaptics ini juga boleh dipadankan dengan pelbagai fungsi keselamatan lain termasuk enkripsi AES dan sebagainya. Malah, ia boleh mengimbas dimana-mana ruang skrin, tidak terhad di bahagian bawah atau atas sahaja.



Dalam pengumuman rasmi Synaptics, mereka telah menyatakan kerjasama dengan 5 syarikat OEM teratas untuk penghasilan besar-besaran. Satu perkara yang sangat menarik perhatian di dalam pengumuman itu adalah penggunaan perkataan ‘OLED Infinity Display‘.

Ini adalah nama yang digunapakai oleh Samsung di dalam telefon pintar Galaxy S8, S8+ dan juga Note8. Sedikit sebanyak, ia dilihat merujuk kepada telefon pintar Samsung yang akan datang, berkemungkinan Galaxy S9 yang bakal dilancarkan sekitar Mac 2018.

Tahun 2018, pengimbas capjari fizikal akan mula hilang dari telefon pintar. Walaupun iPhone X memulakannya, tetapi Apple membuang terus pengimbas capjari dari telefon itu. Mungkin Apple akan mengembalikan pengimbas capjari menerusi teknologi di dalam skrin ini.

[Sumber: Android Central]

Najib

Najib

POPULAR

5 pengeluar sedia hasilkan peranti dengan pengimbas di dalam skrin

5 pengeluar sedia hasilkan peranti dengan pengimbas di dalam skrin

14 December 2017
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN