Seperti yang kita ketahui, telefon pintar sudah pun wujud sekitar tahun 2007 lagi. sejak kewujudannya, terdapat pelbagai jenama telefon pintar yang berlumba-lumba dalam menghasilkan sebuah telefon pintar yang terbaik.
Terbaik disini bukan hanya bermaksud telefon pintar yang mempunyai spesifikasi yang bagus, tetapi terdapat juga telefon pintar yang hadir dengan harga mampu milik dengan spesifikasi yang rendah namun berbaloi.
Kali ini, SoyaCincau ingin membawa para pembaca tiga buah telefon pintar super bajet bawah RM350 dengan spesifikasi yang berbaloi untuk anda miliki, tidak kira untuk dijadikan sebagai telefon ke-dua mahupun untuk diberikan kepada anak-anak anda.
Tiga ahli telefon pintar super bajet yang dapat kami senaraikan disini ialah:
- Wiko Y60
- Xiaomi Redmi GO
- Nokia 1 Plus
Telefon pintar super bajet bawah RM350 manakah yang paling berbaloi untuk anda miliki? Baca analisis kami dalam halaman seterusnya.
[nextpage title=”Analisis”]
Sebelum kita melangkah jauh, terlebih dahulu mari kita lihat spesifikasi ketiga-tiga buah telefon super bajet ini.
[table “187” not found /]Berdasarkan jadual diatas kita dapat lihat dua daripada tiga telefon pintar super bajet ini menggunakan CPU Mediatek MT6739, dimana ia jelas menunjukkan CPU jenis itu amat sesuai digunakan pada telefon super bajet. Manakala satu daripadanya menggunakan Snapdragon 425.
MediaTek MT6739 merupakan SoC berasaskan ARM 64 bit yang dilancarkan pada tahun 2017. Ianya seolah-olah dicipta untuk peranti Android bajet kecil. Jadi tidak hairanlah dua peranti diatas menggunakan CPU jenis itu.
Walaubagaimana pun, kedua-dua CPU tersebut tidak memberikan sebarang perbezaan yang ketara kerana menyediakan kelajuan yang teramat pantas bukanlah sesuatu yang mampu diberikan oleh ketiga-tiga peranti ini. Hanya sekadar melakukan tugas-tugas ringkas dan bermain permainan ringan sahaja yang disokong.
Seterusnya, melihat kembali kepada jadual diatas, ketiga tiga telefon tersebut mendukung sistem operasi Android Go. Sama seperti Android biasa, Android versi GO ini telah diubahsuai agar ia mampu menjalankan pelbagai aplikasi dengan lancar. Walaupun dengan perkakas berkuasa rendah.
Namun, hanya Xiaomi Redmi GO sahaja yang menggunakan sistem operasi Android 8.1 Oreo versi Go, iaitu Android keluaran dua tahun lepas. Manakala dua buah lagi peranti telah pun menggunakan Android yang terbaru iaitu Android 9 Pie versi GO.
Tetapi perlulah anda ketahui bahawa apabila memilih telefon pintar super bajet, anda tidak akan menerima sebarang kemaskini OS kecuali hanya pada Security Patch.
Manakala prestasi kamera pula, anda tidak seharusnya mengharapkan sesuatu yang bagus dari ketiga-tiga buah peranti bajet ini kerana mereka hanya mampu menyediakan kamera beresolusi rendah, seperti 5MP dan 8Mp.
Jika dilihat pada storan pula, ketiga-tiga peranti tersebut memiliki storan yang terhad dimana hanya Wiko Y60 sahaja yang memiliki 16GB storan dan selebihnya hanya memiliki 8GB sebagai memori dalaman.
Tapi, anda tidak perlu risau kerana walaupun tiga peranti diatas mempunyai storan dalaman yang rendah, ianya juga mampu menyokong memori tambahan sehingga 128GB.
Jika berbincang pula mengenai bateri, hanya Xiaomi Redmi Go sahaja yang menawarkan bateri berkapasiti 3000mAh manakala Wiko Y60 dan Nokia 1 Plus menggunakan bateri sebesar 2500mAh.
Juga tidak tersedia ciri pengecasan pantas, dengan kapasiti bateri yang diberikan,
ianya sudah cukup buat anda gunakan untuk sekadar melayari media sosial.
Telefon mana yang berbaloi?
Situasi 1
Anda ingin mencari telefon kedua yang hanya digunakan untuk fungsi asas telefon dan melayari media sosial.
Situasi 2
Anda mencari telefon pintar untuk anak anda yang hanya ingin bermain permainan video dan menonton video dari Youtube.
Jika anda adalah pengguna dari situasi 1, antara ketiga-tiga peranti tersebut yang boleh saya cadangkan adalah Wiko Y60. Mampu menjalankan fungsi asas telefon, peranti ini juga memmpunyai memori dalaman yang lebih besar dari dua peranti yang lain.
Hal ini kerana kebanyakkan aplikasi yang dipasang pada telefon pintar akan disimpan pada memori dalaman, walaupun telefon pintar tersebut mampu menyokong memori tambahan sebanyak 128GB.
Manakala untuk mereka yang menghadapi situasi yang kedua pula, saya cadangkan Xiaomi Redmi GO. Ianya kerana telefon tersebut menyediakan CPU Snapdragon 425 yang mampu memberikan pengalaman bermain permainan pada telefon dengan lebih lancar.
Walaupun saiz skrin pada telefon keluaran Xiaomi ini hanya berukuran 5 inci, tetapi ianya merupakan skrin beresolusi tinggi (HD). Sekaligus, telefon ini boleh memberikan pengalaman menonton video dan bermain permainan video dengan lebih baik.
[nextpage title=”Wiko Y60″]
Dilancarkan pada 24 April 2019 yang lalu, Wiko Y60 merupakan sebuah telefon pintar keluaran Wiko yang terbaru pada tahun ini. Walaupun murah, ianya juga hadir dengan paparan skrin yang besar iaitu 5.45 inci.
Telefon pintar dari Wiko ini memiliki CPU Mediatek MT6739, diiringi RAM sebesar 1GB serta memori dalaman 16GB. Selain itu, ianya juga turut hadir dengan kamera beresolusi 5MP pada kamera hadapan dan belakang.
Telefon yang memiliki bateri berkapasiti 2500mAh ini boleh didapati dipasaran dengan harga RM269. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Wiko.
[nextpage title=”Xiaomi Redmi GO”]
Sesuai dijadikan telefon kedua mahupun diberikan kepada anak-anak anda, telefon pintar keluaran Xiaomi ini hadir dengan papran skrin HD dengan saiz 5 inci. Ianya juga turut dikuasai oleh Snapdragon 425 yang disertai oleh 1GB RAM serta 8GB memori tambahan.
Pada bahagian kameranya pula, telefon pintar kecil ini menawarkan pengalaman bergambar 8MP pada kamera utamanya dan 5MP pada kamera swafoto.
Memilik bateri berkapasiti 3000mAh, telefon super bajet ini boleh didapati di pasaran dengan harga RM249. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Xiaomi.
[nextpage title=”Nokia 1 Plus”]
Apabila bercakap mengenai Nokia 1 Plus pula, telefon pintar super bajet ini dikuasai oleh bateri berkapasiti 2500mAh tanpa ciri pengecasan pantas. menggunakan sistem operasi Android versi go yang terbaru, ianya juga disertai dengan CPU Mediatek MT6739 serta 1GB RAM dan 8GB memori dalaman.
Bukan itu sahaja, telefon keluaran Nokia ini juga turut menyediakan paparan skrin besar iaitu 5.45 inci. Pada bahagian kamera pula, ianya memiliki lensa beresolusi 5MP dengan ciri ‘‘beautyfying’ pada kamera hadapan dan 8MP pada kamera utama.
Telefon pintar super bajet ini boleh dimiliki di pasaran dengan tiga warna pilihan iaitu biru, merah dan hitam dengan harga RM329. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Nokia.