• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C2 ada skrin besar, bateri besar pada harga kecil

  • OLEH Najib
  • 6:19 am
  • 15/05/2019
  • Komen
Peranti misteri yang tiba bersama Realme 3 Pro miliki harga mampu milik
Share on FacebookShare on Twitter

Selain Realme 3 Pro, satu lagi peranti lain turut diumumkan pada majlis pelancaran tersebut. Telefon dalam kelas bajet permulaan ini diberi nama Realme C2.

Realme C2 ditawarkan dalam dua versi yang berbeza RAM dan storan. Versi pertama memiliki RAM 2GB dan 16GB storan dijual di Malaysia pada harga RM429. Versi kedua yang lebih baik memiliki RAM 3GB dan storan 32GB pula berharga RM499. Dua warna disediakan iaitu Biru dan Hitam.



Orang ramai boleh mula membeli Realme C2 di Malaysia bermula dari 18 Mei 2019. Jika mahu membeli dalam talian, ia akan mula dijual di Shopee pada 21 Mei 2019, pukul 9 pagi.

Realme C2 memiliki skrin besar 6.1-inci HD+ dengan takuk kecil titisan air. Kuasanya digerakkan oleh pemproses Mediatek Helio P22, bersama bateri besar 4,000mAh yang dicas melalui port mikroUSB.



Kameranya dua lensa di belakang, menggabungkan lensa utama 13MP F2.2 dan lensa pengesan kedalaman 2MP. Bagi swafoto, ia menggunakan kamera hadapan 5MP.

Tarikan lain pada Realme C2 ialah kemasan badannya belakangnya seakan potongan berlian. Sebagai telefon bajet, ia tidak memiliki pengimbas capjari tetapi ia menyokong pengecaman wajah AI untuk membuka kunci skrin.

Tags: RealmeRealme C3
Najib

Najib

POPULAR

Peranti misteri yang tiba bersama Realme 3 Pro miliki harga mampu milik

Realme C2 ada skrin besar, bateri besar pada harga kecil

15 May 2019
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Imej promosi Galaxy Z Fold 8 dan Z Fold 8 Ultra tertiris menjelang pelancaran

Imej promosi Galaxy Z Fold 8 dan Z Fold 8 Ultra tertiris menjelang pelancaran

20 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN