• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi K20 telah lulus ujian SIRIM?

  • OLEH Najib
  • 10:37 am
  • 28/05/2019
  • Komen
Redmi K20 telah lulus ujian SIRIM?
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai yang tidak sabar menanti ketibaan Redmi K20 yang dijadualkan akan dilancarkan di China hari ini. Tetapi mungkin ada berita lebih baik untuk Malaysia kerana sesuatu berkaitannya telah ditemui di pengkalan data SIRIM.

Sebuah peranti dengan nombor model M1903F10G telah diluluskan SIRIM bertarikh 27 Mei 2019. Peranti ini juga telah dikesan menerima pengiktirafan yang serupa di Singapura, Thailand dan Taiwan.



Di Thailand, pihak berkuasa NBTC meluluskan peranti M1903F10G dengan nama Mi 9T. Ada ura-ura mengatakan Redmi K20 akan dikenali sebagai Mi 9T dan Mi 9T Pro di beberapa pasaran antarabangsa. Penemuan ini sedikit sebanyak mengesahkan ura-ura tersebut.

Di dalam senarai di SIRIM, peranti tersebut memiliki sokongan WiFi 802.11ac dan juga NFC. Tetapi jalur 4G LTE agak terhad, hanya menyenaraikan 1800MHz, 2100MHz dan 2600MHz. Jika dibandingkan dengan Mi 9 SE, ia menyokong jalur yang sama dengan tambahan 850MHz, 9000MHz dan 2300MHz.



Peranti ini mungkin merujuk kepada versi standard Redmi K20, bukan jenis Pro. Ia dikhabarkan akan menggunakan pemproses Snapdragon 730, bukannya Snapdragon 855. Lain-lain perkara dikatakan akan sama dengan versi Pro seperti skrin tanpa takuk dan lubang, kamera utama 48MP, kamera hadapan tersembunyi dan bateri besar 4,000mAh.

Dalam satu penemuan lain, Redmi K20 Pro akan dijual di China pada harga bermula RMB2,599 (~RM1,577). Jika benar, versi standard Redmi K20 pasti akan berharga lebih murah dengan anggaran sekitar harga yang sama dengan Mi 9 SE di Malaysia.

Berita lebih lanjut dan tepat pasti akan diketahui apabila ia dilancarkan hari ini. Sama-sama kita tunggu pelancarannya.

Sumber: SoyaCincau, Weibo

Tags: Redmi K20SIRIMxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Redmi K20 telah lulus ujian SIRIM?

Redmi K20 telah lulus ujian SIRIM?

28 May 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER