• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Diskaun RM1000 dan hadiah percuma bernilai RM349 untuk pembelian ASUS ROG Phone

  • OLEH Najib
  • 10:27 am
  • 07/06/2019
  • Komen
ROG Phone, Idea Gila ASUS Yang Direalisasikan
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan lepas, ASUS mengumumkan potongan harga RM1,000 untuk telefon gaming terbaik mereka, ROG Phone. Dengan ketibaan Hari Raya, mereka memanjangkan promosi ini dengan menambah hadiah percuma berupa alat kawalan GameVice bernilai RM349.

Telefon pintar ASUS ROG Phone kini boleh dibeli dengan diskaun RM1,000 menjadikan harganya kepada:



  • ROG Phone (RAM 8GB + storan 128GB) – RM3,499 RM2,499
  • ROG Phone (RAM 8GB + storan 512GB) – RM3,999 RM2,999

Untuk masa terhad dan selagi stok masih ada, pembeli akan turut menerima hadiah percuma berupa alat kawalan GameVice bernilai RM349. Promosi ini boleh diperolehi dalam talian di Shopee, serta penjual terpilih dalam senarai ini.

Kehebatan telefon pintar ASUS ROG Phone bukan sahaja dari prestasi yang dihasilkan cip Snapdragon 845 yang dioverclock ke 2.96GHz, tetapi ia turut dilengkapi skrin OLED 6.0-inci yang menawarkan kadar segar semula 90Hz dengan masa respon 1ms. Ia menjadi lebih menarik dengan speaker stereo hadapan yang terdapat padanya.



Bateri besar 4,000mAh di dalamnya menyokong pengecasan pantas QuickCharge 4+ dan ia boleh dicas melalui bukan satu, tetapi dua port USB-C.

Kenali telefon pintar ASUS ROG Phone lebih dekat menerusi video kami di bawah ini.

Tags: asusrog phone
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
ROG Phone, Idea Gila ASUS Yang Direalisasikan

Diskaun RM1000 dan hadiah percuma bernilai RM349 untuk pembelian ASUS ROG Phone

7 June 2019
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER