Pada Mei lalu, Android telah melancarkan sistem operasi terbaru iaitu Android Q. Ia juga sudah pun diuji pada beberapa peranti seperti Pixel, Xiaomi Mi 9 dan Mi Mix 3 5G.
Melihat langkah tersebut, Xiaomi, pengeluar telefon pintar itu juga tidak mahu melepaskan peluang untuk memastikan produk mereka menerima kemas kini sistem operasi itu.
Terbaru, menerusi MIUI Forum, Xiaomi mengumumkan beberapa lagi peranti keluaran mereka yang bakal menerima kemas kini Android versi Q seawal suku terakhir tahun ini.
Senarai telefon pintar Xiaomi yang bakal menerima kemaskini Android Q yang stabil:
- Suku akhir 2019
- Xiaomi Mi 9
- Redmi K20 Pro
- Xiaomi Mi 8
- Xiaomi Mi 8 Screen Fingerprint Edition
- Xiaomi Mi 8 Explorer Edition
- Xiaomi Mi Mix 2S
- Xiaomi Mi Mix 3
- Redmi K20
- Xiaomi Mi 9 SE
- Suku pertama 2020
- Redmi Note 7
- Redmi Note 7 Pro
Dijangkakan bahawa tiga peranti iaitu Mi Mix 3, Mi 9 dan Redmi K20 Pro menjadi keutamaan berbanding peranti lain yang tersenarai kerana tiga peranti tersebut telah menerima Android Q beta selain peranti Pixel pada pelancarannya, bulan Mei lalu.
Walaubagaimana pun, jadual kemas kini tersebut hanya melibatkan telefon pintar pasaran China sahaja. Bagi peranti edisi global pula tiada tarikh yang ditetapkan, namun ia dijangkakan beberapa minggu selepas pasaran di China.
Xiaomi juga menekankan bahawa jadual kemas kini tersebut hanya sekadar jangkaan kasar dan mungkin juga terdapat perubahan pada jadual tersebut pada masa kelak. Syarikat itu juga masih lagi dalam proses menimbangkan sama ada untuk pasang kemas kini Android Q pada peranti lain atau tidak.
Sumber: XDA Developers, MIUI Forum