• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama 11street

Laman e-dagang 11street kini dikenali sebagai PrestoMall

  • OLEH Najib
  • 1:21 pm
  • 18/06/2019
  • Komen
Laman e-dagang 11street kini dikenali sebagai PrestoMall
Share on FacebookShare on Twitter

11street, laman e-dagang terkemuka di Malaysia hari ini mengumumkan penukaran namanya kepada PrestoMall. Ia kini menjadi sebahagian Presto, platform pemasaran sosial yang menawarkan pelbagai ganjaran.

11street sebelum ini terhasil dari kerjasama antara Axiata Digital dari Malaysia, dan SK Planet dari Korea Selatan. Di awal ketibaannya, 11street membawa beberapa artis dari Korea untuk mempromosi diri mereka di Malaysia, antaranya ialah Lee Minho dan HAHA dari Running Man, Tetapi sejak kedatangan Shopee ke Malaysia, 11street kelihatan semakin kurang mendapat sambutan.



Dari laman utama PrestoMall, ia kelihatan tidak banyak berbeza dengan 11street sebelum ini. Beberapa stor rasmi juga masih kelihatan di sana seperti Samsung dan Honor.

Menurut Presto, mereka akan memperkenalkan fungsi menarik, kempen dan perkhidmatan baru untuk pengguna. Antara yang disenaraikan ialah tawaran eksklusif dari produk tempatan dan antarabangsa, jualan harga terendah dijamin, stor rasmi produk, kupon pembelian dan banyak lagi.



Bagi pengguna sedia ada 11street, anda masih boleh mendaftar masuk ke PrestoMall menggunakan akaun 11street. Semua sejarah pembelian masih terdapat di sana.

Semoga PrestoMall akan memberi tawaran yang kompetitif kepada pengguna dan memberi saingan sengit kepada Lazada dan Shopee, laman e-dagang yang popular di Malaysia.

Sumber: Presto

Tags: 11streetPrestoPrestoMall
Najib

Najib

POPULAR

Laman e-dagang 11street kini dikenali sebagai PrestoMall

Laman e-dagang 11street kini dikenali sebagai PrestoMall

18 June 2019
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN