Ini adalah garis kecerunan warna hitam ke putih.
Dalam format warna RGB 8-bit, warna hitam diberikan kod (0,0,0) manakala putih miliki kod (255,255,255).
Kenapa 0 dan 255? Dalam nombor binari 2 kuasa 8 adalah 256 yang bermaksud ada 256 kombinasi yang boleh digunakan untuk mengekod julat warna antara hitam dan putih.
Pembahagi dua serenjang garis ini adalah warna yang miliki kod 127. Warna kelabu ini adalah warna yang digunakan kamera untuk menentukan white balance gambar sekiranya anda menggunakan tetapan white balance secara manual.
Dalam maklumat sesuatu histogram sesuatu gambar, bahagian disebelah kiri titik tengah ini biasanya dipanggil bahagian shadow manakala bahagian lagi satu highlight.
Semasa mengambil gambar ataupun menyunting gambar, histogram boleh beritahu anda sama ada gambar yang bakal anda ambil ataupun sedang sunting berada dalam keadaan overexpose ataupun underexpose.
Bagaimana nak baca Histogram untuk tentukan exposure gambar?
Underexpose
Underexpose bermaksud gambar yang anda ambil kurang dedahannya ataupun gelap, menurut statistik. Contoh gambar di bawah ini, walaupun nampak ok, tapi menurut histogram, ia sedikit underexpose.
Menurut histogram gambar diatas, terdapat sejumlah piksel yang berada di kod 0, bermakna hitam sepenuhnya.
Jadi, jika saya ingin sunting gambar di atas, saya tahu apa yang perlu diubah. Saya akan ubah kecerahan sehingga tiada lagi piksel yang jatuh di kod 0 histogram.
Di bawah ini adalah gambar yang telah disunting, lihat pada bahagian pokok yang lebih cerah daripada asal.
Histogram juga bersetuju dengan saya bila tiada lagi piksel yang berada di 0.
Overexpose
Underexpose pula adalah keadaan gambar terlalu cerah.
Ia diterjemah kepada histogram yang berat kearah kanan. Kecerahannya ketara terutamanya pada bahagian langit yang kehilangan butir awan.
Apabila menyunting, saya akan kurangkan kecerahan sehingga histogram nampak lebih seimbang.
Bawah ini adalah hasil daripada histogram yang diseimbangkan.
Kesimpulan
Histogram adalah satu rahmat dalam fotografi era digital. Menggunakan histogram, anda mendapat maklumat tentang keadaan gambar. Ia penting kerana variasi pada jenis paparan yang kita gunakan sewaktu menyunting mempangaruhi hasil gambar.
Kalau kita gunakan histrogram, maklumat itu malar dan tetap merentasi komputer, telefon, atau apa saja.