Vivo kini sedang mempamerkan teknolgi pengecasan pantas baru yang mampu memenuhkan bateri 4,000mAh dalam masa 13 minit saja. Mereka menggelarkan teknologi ini vivo Super FlashCharge 120W.
Saya jangkakan yang tak banyak telefon akan diberikan teknologi ini. Lihat saja SuperVOOC oleh OPPO, ia dilancarkan dalam bulan Februari 2016, tapi sehingga hari ini, cuba anda teka berapa abanyak telefon yang gunakannya? Jawapannya cuma 2, satu OPPO Find X Lamborghini dan satu lagi R17 Pro yang sudah digantikan dengan siri Reno.
Sembang kencang, sampai pokok boleh tumbang. SuperVOOC cumalah 50W tapi Vivo SuperFlash Charge mengepam masuk 120W, lebih dua kali ganda lebih tinggi berbanding yang sudah dikomersialkan pada hari ini.
Beberapa cabaran yang bakal dihadapi adalah mengawal haba yang terhasil semasa mengecas. Tidaklah diketahui bagaimana pendekatan vivo ini. Tapi di OPPO, mereka memindahkan tugas menyesuakan voltan dan arus di bahagian blok pengecas kerana di sanalah tempat paling banyak haba terhasil.
Hal ini bermakna, blok pengecasan khas serta kabel yang mampu menampung arus yang tinggi perlu digunakan untuk menikmati vivo Super FlashCharge 120W.
Apa pendapat anda tentang vivo Super FlashCharge ini? Adakah ia sekadar gimik untuk beroleh publisiti ataupun sebagai batu loncatan kepada teknologi yang lebih maju?