• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Sebahagian kecil papan induk Macbook Air bermasalah, boleh diganti percuma

  • OLEH Najib
  • 2:00 pm
  • 01/07/2019
  • Komen
Sebahagian kecil papan induk Macbook Air bermasalah, boleh diganti percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam satu edaran notis dalaman, Apple mengesahkan mereka telah menemui masalah berkaitan papan induk logik Macbook Air dalam kuantiti yang sangat kecil. Apple Store dan pusat servis sah Apple telah dimaklumkan untuk menukar papan induk logik terhadap Macbook Air yang terlibat tanpa sebarang kos kepada pelanggan.

Perkara ini dilaporkan oleh 9to5Mac, yang telah mendapatkan notis dalaman tersebut. Laptop yang terlibat adalah Macbook Air 2018 13-inci Retina, dengan nombor siri tertentu. Apple dikatakan akan menghantar emel kepada pemilik Macbook Air yang berkaitan, atau pengguna boleh membawa sendiri laptop tersebut ke Apple Stor atau pusat servis sah Apple untuk diperiksa.



Agak pelik kerana Apple masih belum mengumumkan isu ini dan penggantian percuma di dalam laman sesawang “Exchange and Repair Extension Programs”. Kadang-kadang, Apple tidak akan mengumumkan secara terbuka kerana ia melibatkan jumlah yang sangat kecil, tetapi tidak dapat dipastikan apakah kriteria untuk Apple tidak memberitahu orang ramai.

Dalam dokumen notis tersebut, Apple menyenaraikan masalahnya berkaitan kuasa tetapi tidak menerangkan dengan lebih terperinci. Carian Google pula mengaitkan beberapa MacBook Air 2018 tidak dapat dihidupkan walaupun baru dibeli.



Jika anda merasakan terdapat masalah kuasa pada laptop Macbook Air 2018 anda, boleh cuba mengunjungi pusat servis sah Apple untuk diperiksa.

Sumber: 9t05Mac

Tags: appleMacBookMacboook Air
Najib

Najib

POPULAR

Sebahagian kecil papan induk Macbook Air bermasalah, boleh diganti percuma

Sebahagian kecil papan induk Macbook Air bermasalah, boleh diganti percuma

1 July 2019
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN