[ARTIKEL INI DIBAWAKAN OLEH RAKAN SEKERJA YANG BOLEH DIPERCAYAI – MOTO G5S PLUS]
Bukan mudah memilih telefon pintar, apatah lagi yang mampu menjadi pembantu terbaik tanpa perlu mengorbankan wang berlebihan. Kerana itu Moto menghasilkan Moto G5S Plus.
Ia adalah sebuah telefon pintar premium bergaya, dengan ciri-ciri eksklusif bagi membantu kerja dan tugasan seharian. Bos anda juga pasti gembira kerana harganya tidak sampai 4 angka.
Tetapi kenapa Moto G5S Plus? Jom kita kaji dalam dan luarannya.
1. Paling mudah melancar kamera
Anda tidak perlu bersusah payah mencari butang kuasa mahupun aplikasi di atas skrin jika mahu mengambil gambar dengan pantas. Pegang Moto G5S Plus dan kilas pergelangan tangan sebanyak dua kali dan ia akan terus bersedia mengambil gambar.
Mahu berswafoto? Kilas sekali lagi Moto G5S Plus dan ia akan berubah ke kamera hadapan. Sangat mudah.
Satu tip tambahan. Buat aksi ibarat memotong pisau dua kali dan ia akan mengaktifkan lampu LED. Cara terbaik di waktu memerlukan cahaya.
2. Kuasa berpanjangan
Bateri yang besar tidak mencukupi jika terlalu banyak kuasa digunakan. Tetapi cip Snapdragon 625 8-teras berkelajuan 2.0GHz telah terbukti bukan sahaja berkuasa tinggi, malah memiliki hayat bateri yang panjang.
Dan ia terdapat di dalam Moto G5S Plus.
Bukan itu sahaja, Motorola turut memuatkan teknologi TurboPower Charge di dalam Moto G5S Plus. Ia adalah kuasa pengecasan pantas yang boleh memberi masa penggunaan sehingga 6 jam dengan hanya 15 minit pengecasan.
3. Tidak ketinggalan notifikasi penting
Mahu tahu waktu, tarikh serta peratus bateri yang tinggal? Sekali lagi tidak perlu lagi mencari butang kuasa untuk ditekan. Moto Actions menjadikan ia sangat mudah.
Hanya angkat telefon dan skrin akan memaparkan tiga perkara tadi. Letak semula telefon dan skrin akan terpadam sendiri. Sangat menjimatkan masa dan tenaga bateri.
4. Dua kamera hebat
Dua kepala adalah lebih baik dari satu. Begitu juga dengan kamera. Kamera belakang Moto G5S Plus gabungan dwi sensor warna dan monokrom 13MP adalah gandingan yang hebat. Ia merakam dengan lebih teliti dan berkhidmat lebih baik di persekitaran kurang cahaya.
Tetapi keupayaan mengesan kedalaman berbeza menjadikan kamera belakang Moto G5S Plus sangat berguna. Fungsi yang nampak kompleks tetapi menjadi senang dengan Moto G5S Plus.
Hanya pilih ‘Depth Enabled’ semasa mengambil gambar. Kemudian edit menggunakan Depth Editor. Jadikan latar hitam putih seperti gambar di tengah, atau gantikan latar dengan gambar lain seperti gambar di kanan.
Mahu lebih kawalan? Moto G5S Plus memiliki mod Profesional dengan antaramuka mudah digunakan. Ibarat memutarkan roda lensa, semua orang boleh mengubah tetapan secara manual seperti tahap fokus, white balance, masa katup lensa, tahap ISO dan tahap pendedahan.
5. Gaya mutu keunggulan
Rekaan besi dengan warna metalik Moto G5S Plus memang tampak kemas dan bergaya. Ini menjadikannya salah satu pilihan terbaik buat mereka yang mahukan sebuah telefon pintar yang tampak premium, dilengkapi fungsi yang memudahkan tugasan, tanpa perlu berbelanja berlebihan.
Pilih antara warna kelabu (Lunar Grey) atau emas (Blush Gold) bagi memadankannya dengan gaya seharian. Tidak kira untuk tugasan formal mahupun bersantai bersama rakan, ia pasti tidak kekok bersama orang ramai. Malah, ia mungkin menjadi tarikan utama.
Macam mana, berpuas hati dengan ciri-ciri yang terdapat pada Moto G5S Plus ini? Jika ya, dapatkan sebuah telefon pintar ini dengan pilihan warna di antara Kelabu dan Emas, pada harga hanya RM999 sahaja.
Lebih mudah lagi, tempah sahaja melalui E-Stor Rasmi Motorola yang terdapat di Lazada atau pergi ke pengedar sah Motorola. Dapatkan maklumat lanjut dan berita terkini tentangya di laman web http://www.moto.com/my atau Facebook Motorola Malaysia.