• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Astro GO disegarkan semula dengan rupa baru yang lebih mudah digunakan

  • OLEH Najib
  • 4:56 pm
  • 08/07/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi Astro GO hari ini disegarkan semula dengan antaramuka baru yang memudahkan pelanggan melayari kandungan yang mereka langgan. Kemaskini aplikasi baru Astro GO ini akan dikeluarkan secara berperingkat kepada semua pengguna, bermula hari ini 8 Julai 2019.

Buat masa ini, kami masih belum dapat memuat turun versi terbaru Astro GO di Android. Versi terkini yang dapat dimuat turun ini ialah versi 8.2.6 yang dikemaskini pada 12 November 2018.



Menurut Astro, antara fungsi baru yang terdapat dalam kemaskini Astro GO ialah navigasi yang lebih mudah untuk maklumat siri dan drama terkini, sambil menerokai kategori Movies, Kids dan Sports.

Enjin carian juga lebih intuitif di mana ia akan memberi jawapan berdasarkan cadangan dan populariti. Pengguna juga boleh membuat carian berdasarkan pelakon dan pengarah.



Pelanggan turut boleh melihat semua kandungan berdasarkan langganan mereka terus di skrin utama, menjadikan ia mudah untuk pengguna mengikuti rancangan kegemaran mereka yang terbaru.

Astro GO kini memiliki lebih 50,000 tajuk On Demands di mana pengguna boleh menontonnnya bila-bla masa dan di mana jua dengan peranti mudah alih. Antaranya ialah musim terbaru rancangan HBO Big Little Lies, semua musim Game of Thrones, drama popular melayu seperti Curi Curi Cinta dan Jodoh-Jodoh Annisa, serta K-drama terkini dan drama China eksklusif.

Selain itu, pengguna Astro GO boleh membeli tajuk filem terbaharu seperti Captain Marvel, Gostan, dan Avengers: End Game (tidak lama lagi). Pengguna juga dihidangkan dengan pilihan rancangan sukan premium dan program kanak-kanak termasuk Club Mickey Mouse, dan Upin & Ipin.

Untuk mendapatkan akses ke kandungan Astro GO, pengguna boleh memuat turun aplikasi Astro GO di Apple Appstore atau Google Playstore, kemudian hubungkan akaun Astro ke dalam Astro GO dan nikmati semua kandungan yang sama seperti dalam pelan yang dilanggan.

Pengguna Astro Go boleh mendaftar masuk sehingga 4 peranti (telefon tablet, PC atau Mac) untuk akaun yang sama. Selain aplikasi mudah alih, Astro GO juga boleh diakses menerusi laman sesawang astrogo.astro.com.my.

Tags: astroAstro GO
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026

Astro GO disegarkan semula dengan rupa baru yang lebih mudah digunakan

8 July 2019
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN