• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Macbook Air baru dijual lebih murah di Malaysia dari model lama

  • OLEH Najib
  • 12:07 pm
  • 10/07/2019
  • Komen
Macbook Air baru dijual lebih murah di Malaysia dari model lama
Share on FacebookShare on Twitter

Apple baru-baru ini mengumumkan barisan laptop MacBook Air yang baru, dengan harga lebih rendah dan paparan dipertingkat. Pengumuman ini dibuat di waktu musim kembali ke sekolah di Amerika Syarikat dan Eropah tetapi pelajar di Malaysia juga boleh menikmati diskaun yang ditawarkan.

Dari segi perkakas, MacBook Air baru ini sama seperti yang diumumkan pada Oktober lepas. Ia dikuasakan pemproses Intel Core i5 generasi ke-8 dengan pilihan RAM sehingga 16GB. Storan pula dari jenis SSD, bermula dari 128GB sehingga 1TB.



Kemaskini terbesar pada laptop kali ini ialah paparan 13.3-inci dengan Retiba Display (2560×1600) dan sokongan teknologi TrueTone. Teknologi ini akan menyesuaikan tahap keputihan skrin dengan warna suhu persekitaran dan membuatkan laman sesawang dan emel kelihatan seperti membaca kertas bercetak.

Papan kekunci yang sama juga masih dikekalkan, menggunakan kekunci Butterfly generasi ke-3 bersama Trackpad Force Touch. Ia turut dilengkapi Touch ID dan cip keselamatan Apple T2 yang mampu mengenkripsi data dalam storan SSD secara masa nyata.



MacBook Air yang baru ini memiliki berat hanya 1.25kg dengan ketebalan 15.6mm sahaja. Daya tahan baterinya masih sama, sehingga 12 jam penggunaan dengan sekali caj penuh. Jumlah port juga tidak berubah, hanya ada dua port Thunderbolt 3 USB-C di sisi.

Buat masa ini, MacBook Air ini menjalankan sistem operasi MacOS Mojave. Menjelang hujung tahun ini, ia sedia menerima kemaskini MacOS Catalina. Sistem operasi baru ini akan tampil dengan pelbagai pembaharuan termasuk sidecar, fungsi yang boleh menjadikan iPad sebagai paparan kedua.

Harga & Tarikh Jualan

MacBook Air baru ini ditawarkan dalam tiga warna iaitu Space Grey, Gold dan Silver. Harga jualannya seperti berikut:

  • MacBook Air (RAM 8GB + SSD 128GB) – RM4,699
  • MacBook Air (RAM 8GB + SSD 256GB) – RM5,499
  • MacBook Air (RAM 16GB + SSD 1TB) – RM8,079

Untuk perbandingan model lama Macbook Air tanpa paparan TrueTone sebelum ini berharga dari RM5,249 untuk storan 128GB dan RM6,099 dengan storan 256GB.

Macbook Air yang baru ini kini telah mula dijual di Stor Online Apple dan sedia dihantar dalam satu hari bekerja.

Bagi pelajar, anda boleh mendapatkan diskaun untuk membeli Macbook Air baru ini dari serendah RM4,299 untuk storan 128GB dan RM5,099 bagi storan 256GB. Harga istimewa untuk pelajar ini boleh disemak di sini.

Tags: appleMacBookmacbook air
Najib

Najib

POPULAR

Macbook Air baru dijual lebih murah di Malaysia dari model lama

Macbook Air baru dijual lebih murah di Malaysia dari model lama

10 July 2019
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026
Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

9 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN