• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ASUS ROG Phone 2 dengan skrin 120Hz akan dilancar 23 Julai

  • OLEH Najib
  • 4:22 pm
  • 10/07/2019
  • Komen
ASUS ROG Phone 2 dengan skrin 120Hz akan dilancar 23 Julai
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar ASUS ROG Phone merupakan salah satu telefon gaming terbaik tahun lepas. Ia memenuhi semua ciri-ciri yang diperlukan untuk bermain game di telefon pintar dengan jayanya. Kini sudah hampir setahun selepas pelancarannya, mungkin sudah tiba untuk penggantinya diperkenalkan.

ASUS dilaporkan akan mengadakan majlis pelancaran produk baru ROG pada 23 Julai 2019. Satu poster berkenaan majlis pelancaran tersebut telah tersebar di internet. Majlis pelancaran tersebut akan diadakan di Beijing, China dan ia diadakan dengan kerjasama ROG dan Tencent Games.



Tencent Games merupakan pembangun pelbagai permainan yang popular, salah satu darinya ialah PlayerUnknowns BattleGrounds (PUBG). Pastinya ada games yang akan digandingkan bersama peranti atau perkakas ASUS ROG dalam majlis ini.

Walaupun tidak mengatakan apakah yang akan dilancarkan, ramai yang telah berspekulasi bahawa salah satu peranti yang akan dilancarkan nanti ialah telefon pintar ROG Phone 2. Ini kerana ia telah diberi petunjuk dalam satu poster sebelum ini, sekali lagi dengan kerjasama ROG dan Tencent Games.



Dalam poster tersebut, satu perkara telah diberitahu iaitu ROG Phone 2 akan datang dengan skrin 120Hz, lebih baik dari ROG Phone yang memiliki skrin 90Hz. Walaupun tiada maklumat lain diberikan tetapi dijangka ia akan dilengkapi pemproses Snapdragon 855 serta beberapa ciri-ciri gaming seperti yang ada pada ROG Phone pertama.

Apakah ROG Phone telefon gaming terbaik untuk anda? Harapnya ASUS akan menjadikan ROG Phone 2 jauh lebih baik dan mengekalkan kehebatan yang sedia ada di ROG Phone.

[Sumber: GSMArena, weibo]

Tags: asusasus rog phone 2rog phone
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
ASUS ROG Phone 2 dengan skrin 120Hz akan dilancar 23 Julai

ASUS ROG Phone 2 dengan skrin 120Hz akan dilancar 23 Julai

10 July 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER