• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ROG Phone 2 ada bateri yang terlampau besar

  • OLEH Najib
  • 11:36 am
  • 19/07/2019
  • Komen
ROG Phone 2 ada bateri yang terlampau besar
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS nampaknya memenuhi hampir semua keinginan utama peminat game mudah alih, apabila satu fakta penting berkenaan bateri di ROG Phone 2 ditemui. Telefon pintar ini telah lulus ujian persijilan TENAA di China dan terdapat beberapa maklumat boleh kita perolehi darinya.

Terdapat dua model ROG Phone 2 ditemui di TENAA iaitu ASUS_I001DA an ASUS_I001DB. Kedua-duanya memiliki spesifikasi yang sama kecuali pada jenis rangkaian. Dalam senarai tersebut, ia menunjukkan ROG Phone 2 memiliki skrin besar 6.59-inci, dari jenis OLED dengan resolusi 2340×1080, iaitu HD Penuh+.



Tetapi perkara yang dirasakan paling luar biasa pada telefon ini ialah kapasiti baterinya. Ia bukannya 4,000mAh atau 5,00mAh, sebaliknya sebesar 5,800mAh!

Ini boleh dikatakan kapasiti yang paling besar untuk telefon pintar bersaiz sekitar 6.0-inci. Telefon pintar Huawei Mate 20 X yang memiliki skrin 7.2-inci pun ada bateri 5,000mAh sahaja.



Dari senarai TENAA ini juga dapat diketahui bahawa ia dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 855+ dengan kelajuan lebih tinggi iaitu 2.95Ghz. Sistem operasi terbaru Android 9.0 Pie digunakan dan ia akan memiliki kamera belakang 48MP dan kamera hadapan 24MP.

Telefon ini akan datang dalam konfigurasi RAM antara 8GB dan 12GB. Manakala storannya pula dari 128GB, 512GB dan 1TB. Pastinya dari jenis UFS yang lebih pantas.

Selain senarai spesifikasi, TENAA turut menyediakan gambar telefon ini dengan jelas. Gambar di TENAA ini selari dengan gambar yang tersebar sebelum ini.

Jika diperhatikan di sisinya, ia masih mengekalkan port USB-C di tepi seperti di ROG Phone yang asal. Ini membolehkan pelbagai aksesori dipasang seperti casing penyejukan, dok dan lain-lain.

Dengan pengesahan ini, ROG Phone 2 adalah satu telefon pintar gaming idaman peminat permainan mudah alih. Skrin besar 6.59-inci 120Hz, bateri besar 5,800mAh, speaker stereo, pemproses cpu dan gpu terbaik, apa lagi yang tidak ada?

Sekarang yang tinggal hanyalah harga. ROG Phone generasi pertama semasa dilancarkan, dijual pada harga bermula dari RM3,499 dengan storan 128GB. Adakah ROG Phone 2 nanti boleh mengekalkan harga yang sama? Kita tunggu dan lihat.

Sumber: TENAA 1, TENAA 2, PhoneArena

Tags: asusasus rog phone 2TENAA
Najib

Najib

POPULAR

ROG Phone 2 ada bateri yang terlampau besar

ROG Phone 2 ada bateri yang terlampau besar

19 July 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER