• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy S8 selamatkan nyawa 20 penumpang bot terbalik di tengah lautan

  • OLEH Najib
  • 9:00 am
  • 22/07/2019
  • Komen
Galaxy S8 selamatkan nyawa 20 penumpang bot terbalik di tengah lautan
Share on FacebookShare on Twitter

Kalis air dan bateri yang tahan lama, telah menyelamatkan nyawa 20 orang penumpang bot di Pulau Malapascua berdekatan Cebu, Filipina. Itulah ciri-ciri yang ada pada Galaxy S8 yang dimiliki oleh salah seorang penumpang bot tersebut.

Pemilik telefon tersebut, Jim Emdee dari Kanada dilaporkan telah berjaya membuat panggilan apabila berjaya menemui telefon Galaxy S8 nya dalam air di bot mereka yang terbalik di tengah lautan. Penyelamat telah berjaya menjejak lokasi mereka melalui fungsi GPS yang terdapat pada telefon tersebut.



Menurut Jim, hanya telefon Galaxy S8 beliau yang berjaya berhubung ke rangkaian dan berfungsi sehingga mereka tiba di darat. Beliau juga kagum, kerana tidak menyangka bateri telefon itu boleh bertahan lebih lama dari sangkaannya di mana ini juga menjadi faktor penyelamat mereka.

The Inquirer melaporkan, bot tersebut datang dari Malapascua, sebuah lokasi yang terkenal dengan tempat menyelam. Bot tersebut membawa 13 orang luar negara, 3 jurulatih menyelam dan seorang jurulatih tempatan bersama tiga orang kru bot Filipina. Warga asing yang diselamatkan berasal dari Australia, Switzerland, Hong Kong, Speanyol, Amerika, Jerman, Israel, Itali dan Kanada.



James Jung, Ketua Samsung Elektronik Filipina berkara, “Kami berasa lega apabila mendengar semua penumpang selamat dan telefon Samsung membantu dalam usaha menyelamat. Kami akan terus berusaha untuk menghasilkan peranti yang boleh membantu pengguna apabila mereka berada di situasi merbahaya.”

Samsung menasihatkan pengguna untuk mengaktifkan fungsi pencari GPS keselamatan (emergency GPS locator) di telefon mereka ketika mengembara, terutama jika pergi berseorangan atau ke kawasan terpencil. Untuk mengaktifkannya, ia boleh dilakukan menerusi Settings > Advanced features > Send SOS message.

Ketika kecemasan, anda boleh menekan butang kuasa sebanyak tiga kali dengan cepat, dan ia akan menghantar mesej SOS sehingga ke empat kenalan kecemasan. Mesej tersebut juga boleh dimuatkan dengan gambar segera yang diambil dari kamera serta rakaman audio. Anda boleh belajar cara untuk menetapkannya di sini.

Galaxy S8 dan S8+ datang dengan pengiktirafan kalis air dan debu IP68. Menurut Samsung, pengiktirafan ini membolehkan ia tenggelan di dalam air bersih sehingga 1.5 meter dalam, sehingga 30 minit lamanya. Tambah Samsung lagi, penggunaan di pantai dan kolam renang tidak digalakkan malah kerosakan akibat air dan debu tidak dilindungi oleh jaminan peranti.

Sumber: Samsung

Tags: Galaxy S8samsung
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy S8 selamatkan nyawa 20 penumpang bot terbalik di tengah lautan

Galaxy S8 selamatkan nyawa 20 penumpang bot terbalik di tengah lautan

22 July 2019
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN