• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SKMM rampas 27 set pengimbas RFID yang tidak miliki perakuan SIRIM

  • OLEH Najib
  • 4:48 pm
  • 22/07/2019
  • Komen
3 Pengarah dihadap ke Mahkamah akibat menjual pengimbas RFID tanpa pemerakuan MCMC
Share on FacebookShare on Twitter

Memiliki dan menjual peralatan komunikasi yang tidak diperakui SIRIM adalah satu kesalahan. Sebarang penggunaan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui boleh menyebabkan gangguan frekuensi kepada rangkaian komunikasi dan menjejaskan kualiti perkhidmatan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semakin giat dalam usaha penguatkuasaan yang berterusan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan golongan peniaga. Baru-baru ini, SKMM dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah Subang Jaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak SIRIM, telah menyerbu premis sebuah syarikat penyedia penyelesaian perisian berikutan aduan awam.



Dalam serbuan tersebut, syarikat EID Technology Sdn Bhd yang beroperasi di UEP Subang Jaya, didapati memiliki 27 set pengimbas Identifikasi Frekuensi Radio Jarak Jauh UHF (UHF RFID Long Range Reader) yang tidak diperakui di dalam premis syarikat.

Kesemua barang yang dirampas itu telah disita untuk tujuan analisis bagi membantu siasatan di bawah Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 kerana kesalahan memiliki dengan tujuan untuk menjual kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui SIRIM.



Jika disabitkan kesalahan, seseorang itu boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum enam (6) bulan atau kedua-duanya.

Orang ramai dinasihatkan untuk memastikan kelengkapan komunikasi yang dibeli dan dimiliki telah diperakui oleh SIRIM. Muat turun aplikasi mudah alih Check Your Label di Apple Appstore atau Google Playstore, atau layari laman sesawang ecomm.sirim.my untuk maklumat lanjut.

Sumber: SKMM

Tags: SIRIMSKMM
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
3 Pengarah dihadap ke Mahkamah akibat menjual pengimbas RFID tanpa pemerakuan MCMC

SKMM rampas 27 set pengimbas RFID yang tidak miliki perakuan SIRIM

22 July 2019
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER