• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sebelum Galaxy Note 10 datang, ada dua produk baru Samsung akan diperkenal

  • OLEH Najib
  • 11:00 am
  • 31/07/2019
  • Komen
Sebelum Galaxy Note 10 datang, ada dua produk baru Samsung akan diperkenal
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung akan melancarkan telefon pintar Galaxy Note terbaru mereka pada 7 Ogos, di bandaraya New York. Tetapi sebelum itu, Samsung memuat naik petunjuk baru di mana mereka akan melancarkan dua lagi produk baru, sebelum Galaxy Note 10 dilancarkan.

https://youtu.be/wZJRg19JNCU

Dalam video petunjuk yang dikongsikan itu, ia memberi sekilas pandang dalam bayangan, di mana kita boleh perkatakan dengan jelas ianya adalah tablet bersama S Pen serta jam pintar. Terdapat juga papan kekunci yang kelihatan seperti sebuah laptop.



Di penghujung video tersebut, terdapat dua tarikh dipaparkan di mana tarikh 31 Julai 2019 berlatarkan tablet dan 5 Ogos pula berlatarkan jam bulat.

Dari khabar angin yang telah tersebar sebelum ini, dua produk baru ini ialah Galaxy Tab S6 dan Galaxy Watch Active 2.



Galaxy Tab S6

Samsung Galaxy Tab S6 ialah tablet kelas flagship yang menggunakan sistem operasi Android yang direka untuk bersaing dengan Apple iPad Pro. Dalam beberapa maklumat yang terbocor sebelum ini, Galaxy Tab S6 dikatakan memiliki skrin sebesar 10.5-inci QuadHD+, empat pembesar suara yang ditala oleh AKG, kuasa pemproses Snapdragon 855 bersama RAM sekurang-kurangnya 6GB dan storan dari 128GB.

S Pen yang baru digunakan di tablet ini di mana ia kelihatan boleh dicas terus dari tablet dengan melekatkannya di belakang tablet. Tiada pengimbas capjari kelihatan. Ini mungkin menandakan ia akan menggunakan pengimbas capjari di dalam skrin. Atau mungkin sahaja ia menggunakan sistem pengecaman wajah sahaja.

Galaxy Watch Active 2

Model pertama diperkenalkan bersama Galaxy S10 pada bulan Februari lepas, kini generasi keduanya akan dilancarkan tidak lama lagi. Jam pintar baru ini dikhabarkan akan datang dengan fungsi ECG.

Lebih banyak maklumat tentangnya pasti akan diumumkan pada tarikh yang telah diberitahu kelak. Di samping itu, Samsung pasti akan memperlihatkan kedua-dua produk ini semasa pelancaran Galaxy Note 10 kelak.

Sumber: Samsung

Tags: Galaxy Tab S6Galaxy Watch Active 2samsung
Najib

Najib

POPULAR

Sebelum Galaxy Note 10 datang, ada dua produk baru Samsung akan diperkenal

Sebelum Galaxy Note 10 datang, ada dua produk baru Samsung akan diperkenal

31 July 2019
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN