• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom Home Fibre kini meluaskan liputan ke seluruh Malaysia

  • OLEH Najib
  • 6:55 pm
  • 01/08/2019
  • Komen
Celcom Home Fibre kini meluaskan liputan ke seluruh Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom hari ini mengumumkan liputan jalur lebar tetap mereka kini diluaskan ke seluruh Malaysia. Sebelum ini, ia hanya ditawarkan di beberapa lokasi di Sabah. Pelan jalur lebar tetap Celcom ini boleh dilanggan bermula dari RM80/bulan dengan kuota tanpa had.

Menurut Celcom, pelan ini diperkenalkan menerusi pakej Celcom Home, menyediakan sambungan internet berkelajuan tinggi bukan sahaja menerusi teknologi gentian optik, malah menggunakan teknologi tanpa wayar. Peluasan liputan ini sejajar dengan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Nasional (NFCP) yang menyasarkan liputan jalur lebar pada aras minima 98% di kawasan penduduk dengan kelajuan minima 30Mbps menjelang 2023.



Celcom Home Fibre

Pelan jalur lebar tetap, Celcom Home Fibre menggunakan teknologi gentian optik, menawarkan dua jenis pelan. Pelan Home Fibre Gold berkadar RM80/bulan, memberikan kelajuan muat turun dan naik 30Mbps. Pelan Home Fibre Gold Supreme berkadar RM120/bulan pula, menyediakan kelajuan muat turun 100Mbps dan muat naik 50Mbps.

Kedua-dua pelan ini mengenakan caj panggilan 10sen/minit ke semua talian dan memberikan pelanggan WiFi Router percuma. Tetapi kontrak selama 24 bulan turut diberikan.



Tawaran pelan Celcom Home Fibre ini dilihat lebih murah dari Maxis Home Fibre, dengan pelan 30Mbps berharga RM89/bulan dan pelan 120Mbps pula RM129/bulan.

Dari laman soalan lazim (FAQ), pengguna boleh memeriksa liputan dengan menghubungi talian khidmat pelanggan di nombor 1-300-11-3282 atau pergi ke Celcom Bluecube dan rakan penjual berdaftar. Satu perkara yang perlu diberi perhatian, jika anda tinggal di bangunan tinggi, kelajuan mungkin dihadkan ke 30Mbps kerana menggunakan infrastruktur VDSL. Nampaknya Celcom menggunakan rangkaian TM HSBB untuk liputan ke seluruh negara.

Celcom Home Wireless

Jika jalur lebar tetap tiada di kawasan anda, Celcom juga menyediakan pakej Celcom Home Wireless menggunakan rangkaian 4G Celcom. Pengguna boleh melayari internet tanpa perlu pemasangan fizikal, hanya hidupkan modem dan ditetapkan secara plug and play. Modem ini mampu menampung sehingga 64 peranti sekaligus dengan kelajuan purata 30Mbps.

Pelan Celcom Home Wireless masih sama seperti sebelum ini, bermula dari RM70/bulan dengan 25GB kuota bersama 40GB Video dan Music Walla. Pelan RM100/bulan pula memberikan 50GB kuota beserta 100GB Video dan Music Walla. Pelan terbesar RM150/bulan, datang dengan 150GB kuota dan 1TB Video dan Music Walla.

Celcom memberikan modem secara percuma tetapi ia datang bersama kontrak selama 24-bulan.

Tambah Celcom, mereka memiliki 9,000 menara pemancar LTE yang menjangkau 94% populasi rangkaian di seluruh negara. Celcom juga menggunakan teknologi seperti 4T4R MIMO, Carrier Aggregation dan 256 QAM untuk memberikan pengalaman internet yang lebih baik.

Dapatkan lebih banyak maklumat mengenai Celcom Home Fibre dan Celcom Home Wireless di laman Celcom Broadband.

Tags: celcomCelcom Home FibreCelcom Home Wireless
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Celcom Home Fibre kini meluaskan liputan ke seluruh Malaysia

Celcom Home Fibre kini meluaskan liputan ke seluruh Malaysia

1 August 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER