• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom Home Wireless dilancar di Homedec dengan hadiah langganan percuma setahun

  • OLEH Najib
  • 12:28 pm
  • 26/04/2018
  • Komen
Celcom Home Wireless dilancar di Homedec dengan hadiah langganan percuma setahun
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun telah sedia dilanggan sebulan yang lepas, Celcom hari ini secara rasminya melancarkan jalur lebar wayarles di rumah, Celcom Home Wireless. Ia adalah alternatif kepada jalur lebar fiber seperti Unifi.

Masalah utama jalur lebar fiber seperti Unifi adalah kesediaan liputan. Ini kerana infrastruktur seperti kabel fiber perlu disediakan sehingga ke rumah pengguna. Dengan Celcom Home Wireless, asalkan ada liputan Celcom di rumah, ia boleh digunakan.



Celcom menawarkan tiga pelan iaitu:

  • Home Wireless Gold (RM74.20/bulan)
  • Home Wireless Gold Plus (RM106/bulan)
  • Home Wireless Platinum (RM159/bulan)

Pelan Gold memberi 25GB data bersama 40GB data Video+Music Walla. Pelan Gold Plus pula datang dengan 50GB data dan 100GB Video+Music Walla. Pelan Platinum disertakan 150GB data dan 1000GB (1TB) Video+Music Walla.



Pengguna yang mahu melanggan Celcom Home Wireless perlu mendaftar kontrak selama 24 bulan. Tetapi Celcom menawarkan pemulangan tanpa soalan selama 30 hari. Jadi boleh cuba dahulu dan membatalkan dalam 30 hari jika tidak berpuas hati.

Celcom memberikan modem Huawei B618 bernilai RM1,500 secara percuma. Modem ini dikunci untuk digunakan bersama sim Celcom sahaja. Ia boleh menyambung sehingga 64 peranti ke internet.

Celcom kini membuka jerayawara di pameran Homedec, KL Convention Centre dari 26 April hingga 29 April 2018. Jika mendaftar di sini, pengguna berpeluang memenangi hadiah langganan percuma selama setahun.

Bagi pengguna pascabayar Celcom sedia ada iaitu Celcom FIRST Gold Plus, Gold Supreme, Platinum dan Platinum Plus, mereka boleh mendapatkan rebat RM15/bulan jika melanggan pelan Celcom Home Wireless Platinum.

Selain di Homedec, Celcom Home Wireless boleh dilanggan di cawangan Celcom Bluecube atau wakil Celcom yang diiktiraf. Boleh semak juga liputan rangkaian Celcom di sini.

Tags: celcomCelcom HomeCelcom Home Wireless
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Celcom Home Wireless dilancar di Homedec dengan hadiah langganan percuma setahun

Celcom Home Wireless dilancar di Homedec dengan hadiah langganan percuma setahun

26 April 2018
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN