• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Beli BMW atau Mercedes-Benz terpakai? Carsome Premium tawar waranti 5 tahun

  • OLEH Faizal Iqbal
  • 6:52 pm
  • 24/11/2026
  • Komen
Beli BMW atau Mercedes-Benz terpakai? Carsome Premium tawar waranti 5 tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Carsome kini memperkenalkan Carsome Premium di Malaysia, menurut Carsome sendiri, ianya adalah kategori baharu yang memfokuskan kereta mewah dan kontinental terpakai yang diperakui. Ia turut merangkumi pemeriksaan kenderaan serta perlindungan selepas jualan.

Secara asasnya, Carsome Premium ditujukan kepada mereka yang berminat memiliki kereta daripada jenama seperti BMW dan Mercedes-Benz. Kategori ini menawarkan satu lagi pilihan kepada pembeli yang mencari model dalam segmen lebih premium mengikut cita rasa dan bajet masing-masing.



Apa lagi pembeli Carsome Premium akan dapat?

  • Waranti sehingga 5 tahun: Termasuk baki waranti pengeluar dan lanjutan waranti Carsome sehingga 2 tahun.
  • Jaminan pemulangan wang 100 hari: Carsome Premium menyediakan tempoh pemulangan dalam 100 hari atau 3,00km.
  • 365 Premium Care+: Kredit servis bernilai RM3,000 untuk tahun pertama pemilikan.
  • Jaminan belian semula: Tawaran sehingga RM10,000 melebihi tawaran standard Carsome dalam tempoh 3 tahun,
  • Pemeriksaan 175 titik: Pemeriksaan komponen mekanikal, ciri keselamatan dan sistem elektronik sebelum kereta dijual.

Apa yang anda perlu tahu sebelum membeli?

Untuk pengetahuan pembeli, kredit 365 Premium Care+ bernilai RM3,000 bukan wang tunai dan tidak boleh ditukar kepada diskaun atau rebat.

Begitu juga dengan jaminan belian semula sehingga RM10,000, ia bukan harga jualan semula yang ditetapkan kerana nilai tawaran bergantung pada model kenderaan dan syarat kelayakan.

Dari segi pembiayaan pula, Carsome menawarkan kadar promosi menerusi Maybank dan Affin Bank. Pembeli juga boleh menikmati tempoh pembiayaan sehingga sembilan tahun bagi kereta terpilih keluaran 2023 hingga 2025, tertakluk pada terma dan syarat.

Jika anda ingin mengetahui maklumat dengan lebih lanjut, boleh tekan pautan INI.



Tags: automotifcarsomecarsome premium
Faizal Iqbal

Faizal Iqbal

POPULAR

Beli BMW atau Mercedes-Benz terpakai? Carsome Premium tawar waranti 5 tahun

Beli BMW atau Mercedes-Benz terpakai? Carsome Premium tawar waranti 5 tahun

24 November 2026
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN