• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 20 Pro temui pembeli di Malaysia pada 15 Ogos dengan harga melebihi RM2000

  • OLEH Najib
  • 12:22 pm
  • 09/08/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Akhirnya selepas 3 bulan dilancarkan, Honor 20 Pro telah disahkan akan dijual di Malaysia pada 15 Ogos 2019. Harganya nampaknya menepati jangkaan kami, iaitu RM2,299.

Untuk perbandingan, Honor 20 dengan RAM 6GB dan storan 128GB telah dijual di Malaysia pada harga RM1,699. Honor 20 Pro pula, tambahan RM600 ini memberikan pengguna RAM 8GB, storan 256GB, bateri lebih besar dan kamera yang lebih berkuasa, diiktiraf DxOMark di tangga kedua kamera telefon pintar masakini.



Sudah pasti, pembeli terawal Honor 20 Pro boleh menikmati beberapa hadiah percuma, bernilai sehingga RM500. Terdapat beberapa saluran yang akan menjual telefon ini, bersama hadiah percuma.

Untuk pembeli di Stor Fizikal Honor Experience (HES) dan rakan pengedar yang sah, pembeli terawal honor 20 Pro akan menerima hadiah percuma berupa beg bagasi premium, speaker Bluetooth dan tripod swafoto. Senarai penjual yang menyediakan hadiah percuma ini boleh disemak di sini.



Pembeli juga boleh mendapatkan Honor 20 Pro dalam talian, menerusi laman HiHonor Malaysia atau Stor Honor di Shopee. Membeli dalam talian akan menerima hadiah percuma berupa Honor Band 3 dan Honor FlyPods Lite.

Nak dapatkan Honor 20 Pro secara percuma? Tiada pembelian perlu dibuat, hanya pergi ke Stor Rasmi Honor di Shopee, klik pada butang Remind Me dan anda berpeluang memenangi Honor 20 Pro jika terdapat 10,000 orang menekan butang tersebut. Pemenang akan dipilih secara rawak dan diumumkan di Facebook Page Honor Malaysia pada 20 Ogos 2019.

Honor 20 Pro merupakan telefon terbaik keluaran Honor buat masa ini. Ia dikuasakan cip Kirin 980 bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Kehebatannya terletak pada kameranya, di mana 4 kamera belakang dipasang iaitu kamera utama 48MP F1.4 Sony IMX586, kamera ultra lebar 16MP F2.2, kamera telefoto 8MP F2.4 dan kamera makro 2MP F2.4.

Untuk telefon berkelas flagship, kelemahannya ialah penggunaan skrin LCD, bukan OLED. Skrin ini berukuran 6.26-inci HD Penuh+ dan berlubang, menempatkan kamera hadapan 32MP F2.0. Pengimbas capjari terdapat di sisi, bersepadu dengan butang kuasa. Baterinya 4,000mAh dan datang dengan pengecas Huawei SuperCharge 22.5W menggunakan kabel USB-C.

Jika anda mencari kamera hebat di telefon pintar, Honor 20 Pro sememangnya satu pilihan yang sangat berbaloi. Walaupun spesifikasi dan harganya hampir serupa dengan Huawei P30, ia memiliki banyak kelebihan seperti apertur F1.4 terbesar dan storan yang lebih luas.

Kalau berminat, jangan lupa dapatkannya pada 15 Ogos ini bersama hadiah percuma. Selagi stok masih ada. Sementara tu, saksikan buka kotak Honor 20 Pro kami menerusi video di bawah.

Tags: honorHonor 20Honor 20 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Honor 20 Pro temui pembeli di Malaysia pada 15 Ogos dengan harga melebihi RM2000

9 August 2019
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN