fbpx

Honor 20 Pro akan tiba di Malaysia tidak lama lagi

Siri Honor 20 telah dilancarkan di London pada bulan Mei lepas. Tetapi hanya satu model iaitu Honor 20 yang telah dijual di Malaysia. Bagi yang menantikan versi Pro, ia kelihatan akan tiba tidak lama lagi.

Facebook Honor Malaysia hari ini telah memuat naik gambar dengan nombor 111, Coming Soon atau akan datang. Ini pastinya merujuk kepada markah DxOMark yang diterima oleh Honor 20 Pro, markah kedua tertinggi untuk telefon pintar buat masa ini. Ini meletakkannya sebaris dengan OnePlus 7 Pro, serta satu mata di belakang Huawei P30 Pro dan Galaxy S10+ 5G.

Honor 20 telah dijual di Malaysia dengan harga RM1,699 di mana ia datang bersama RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Untuk Honor 20 Pro pula, dijangka ia akan melebihi RM2,000. Ini merujuk kepada harga jualan di China di mana Honor 20 dengan RAM 8GB dan storan 128GB berharga RMB2,699 (~RM1,636).

Manakala Honor 20 Pro dengan RAM 8GB dan storan 128GB berharga RMB3,199 (~RM1,939), dan storan 256GB pula berharga RMB3,499 (~RM2,121). Jangkaan kami, harga di Malaysia tidak jauh berbeza dengan China, apabila ditukarkan ke Ringgit iaitu:

  • Honor 20 Pro (RAM 8GB + storan 128GB) – RM2,099
  • Honor 20 Pro (RAM 8GB + storan 256GB) – RM2,299

Adakah Honor Malaysia akan mengecewakan kami dengan membuktikan harga kami ini salah kerana ia lebih murah? Kita tunggu pengumuman seterusnya dari Honor Malaysia tidak lama lagi.

Untuk menyingkap semula tabir lama, Honor 20 Pro memiliki skrin LCD 6.26-inci HD Penuh+ dan berlubang, menempatkan kamera hadapan 32MP F2.0. Pengimbas capjari terdapat di sisi, bersepadu dengan butang kuasa.

BACA  Tempahan Galaxy Note 10: Ini Tawaran Daripada Digi

Ia dikuasakan pemproses Kirin 980 bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Baterinya 4,000mAh dan datang dengan pengecas awei SuperCharge 22.5W menggunakan kabel USB-C.

Kehebatan Honor 20 Pro ialah pada kameranya. Ia memiliki 4 kamera belakang iaitu kamera utama 48MP F1.4 dari sensor Sony IMX586, kamera ultra lebar 16MP F2.2 dengan sudut pandang 117-darjah, kamera telefoto 8MP F2.4 yang mampu mengezum optikal 3x dan akhir sekali kamera makro 2MP F2.4.

Kehebatan kamera ini ditambah lagi dengan penstabil imej optikal (OIS) 4-paksi di kamera utama dan telefoto. Ia juga dilengkapi autofokus laser yang lebih tepat dan pantas. Selain datang dengan AIS dan mod Super Night AIS, Honor 20 Pro turut disertakan kuasa zum digital 30x dan mod HandHeld Moon, untuk mengambil gambar bulan tanpa tripod, cukup dengan tangan.

Adakah ini telefon yang anda nantikan?

Sumber: Honor Malaysia