• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Honor 20 Pro di Malaysia mungkin di atas paras RM2000

  • OLEH Najib
  • 10:57 am
  • 03/06/2019
  • Komen
Honor 20 Pro miliki kamera sebaik OnePlus 7 Pro pada kos lebih rendah
Share on FacebookShare on Twitter

Honor 20 merupakan telefon pintar terbaru dari Honor, menampilkan 4 kamera belakang dengan versi Pro dikatakan DxOMark setaraf dengan OnePlus 7 Pro, serta satu mata di belakang Huawei P30 Pro dan Galaxy S10+ 5G. Sementara tarikh jualan Honor 20 dan 20 Pro di Malaysia masih samar-samar, di China ia telah dilancarkan bersama harga dan tarikh jualan.

Semasa pelancaran di London, harga jualannya di Eropah telah diumumkan tetapi ia dilihat sangat jauh berbeza dengan harga jualan di Malaysia. Tetapi di China, harga jualan Honor 20 dilihat agak serupa dengan harga di Malaysia, jadi kita boleh anggarkan harga Honor 20 Pro juga tidak jauh berbeza antara China dan Malaysia.



Berikut ialah harga jualan Honor 20 dan Honor 20 Pro di China:

  • Honor 20 (RAM 8GB + storan 128GB) – RMB2,699 (~RM1,636)
  • Honor 20 (RAM 8GB + storan 256GB) – RMB2,999 (~RM1,818)
  • Honor 20 Pro (RAM 8GB + storan 128GB) – RMB3,199 (~RM1,939)
  • Honor 20 Pro (RAM 8GB + storan 256GB) – RMB3,499 (~RM2,121)

Di Malaysia, hanya satu jenis Honor 20 dijual iaitu RAM 6GB dan storan 128GB dengan harga RM1,699. Ia dilihat agak serupa dengan harga di China dengan RAM sedikit berbeza. Dari sini, kami anggarkan harga untuk Honor 20 Pro di Malaysia ialah:



  • Honor 20 Pro (RAM 8GB + storan 128GB) – RM2,099
  • Honor 20 Pro (RAM 8GB + storan 256GB) – RM2,299

Adakah anggaran ini tepat? Kita tunggu bila ia diumumkan oleh Honor Malaysia kelak, pada satu tarikh yang masih tidak diketahui. Tetapi adakah anda akan membeli Honor 20 Pro dengan harga ini?

Sumber: GizmoChina

Tags: honorHonor 20Honor 20 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Honor 20 Pro miliki kamera sebaik OnePlus 7 Pro pada kos lebih rendah

Harga Honor 20 Pro di Malaysia mungkin di atas paras RM2000

3 June 2019
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER