Cepat betul Garmin Malaysia buat kerja. Baru saja sudahkah pelancaran globalnya semalam, Garmin Fenix 6 sudahpun diumumkan untuk pasaran Malaysia. Macam biasa, mereka masih kekalkan tiga model utama iaitu:
- Fenix 6S
- Fenix 6
- Fenix 6X
Dalam setiap model itu akan ada subvarian yang gunakan kaca Sapphire sebagai pelindung mula jam. Tapi untuk generasi ini, Fenix 6X ada satu varian baru iaitu Pro Solar. Seperti namanya, Fenix 6X Pro Solar dilengkapi panel solar untuk bekalkan tenaga pada kelengkapan elektroniknya.
Model ini juga adalah yang paling besar dalam keluarganya dengan panel paparan 1.4″. Di bahagian belakang ada pengimbas nadi optikal dan beberapa lagi sensor lain yang terpateri di atas papan utama seperti:
- akselerometer
- barometer
- kompas
- GPS
Panel fotovoltaik yang hadir bersamanya memanjangkan waktu guna sehingga 120 hari lamanya dalam mode jimat tenaga. Jika mode GPS digunakan, ia mampu bertahan sehingga 66 jam lamanya.
Versi Saphire dan keatas keluarga Fenix 6 dilengkapi storan dalaman 32GB yang boleh diguna untuk masukkan fail muzik ataupun peta topografi jika anda ingin pergi mengembara. Fungsi Wi-Fi boleh digunakan untuk mendengar Spotify dan Bluetooth untuk tambat earfone wayarles anda.
Jika Fenix 6 dan 6X adalah dua model yang hampir serupa fizikalitinya, Fenix 6S nampak lebih feminin dengan warna pastelnya. Muka jam model ini juga sedikit kecil pada 1.2″
Siri Fenix 6 sudah mula dijual pada seperti berikut:
- Fenix 6S – RM2,999
- Fenix 6S Sapphire – RM3,950
- Fenix 6 – RM2,999
- Fenix 6 Sapphire – RM3,950
- Fenix 6X – RM4,199
- Fenix 6X Pro Solar – RM4,699
- Fenix 6X Pro Solar + Titanium Bracelet – RM5,699
Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.