Bersama-sama Mi 9 Pro, Xiaomi turut mengumumkan telefon konsep MIX Alpha yang miliki rekaan yang sangat radikal. Paling ketara adalah pada paparan AMOLED yang membaluti hampir keseluruhan badannya. Ia diterjemahkan kepada nisbah paparan-ke-badan setinggai 180.6%, satu angka yang nampak tak munasabah tapi ia direalisasikan oleh Xiaomi.
Satu lagi keunikan telefon ini adalah ia ada kamera belakang 108MP, tertinggi dalam industri setakat ini. Ia dicapai dengan penggunaan sensor Samsung ISOCELL Bright HMX yang besar. Pada 1/1.33″, sensor ini adalah antara yang terbesar dalam telefon pintar pada hari ini. Jika dibandingkan dengan snesor 48MP yang banyak digunakan dalam kebanyakan telefon, saiznya nyata berbeza.
Berikut adalah spesifikasi kamera MIX Alpha:
- 108MP F1.65
- 20MP F2.2 ultralebar
- 12MP F2 telefoto
Untuk spesifikasi telefon, MIX Alpha ada specs yang sama macam Mi 9 Pro. Ia dikuasakan Snapdragon 855+, konfigurasi RAM+storan pada 12GB+512GB. Membekalkan tenaga pada telefon ini adalah bateri berkapasiti 4,050mAh dengan keupayaan pengecasan pantas 40W.
Disebabkan fizikalitinya yang rapuh, Xiaomi memperkukuh badan MIX Alpha dengan materi aloi titanium. Di tempat letaknya kamera, ia dilindungi kaca seramik di bahagian atas dan semua komponen itu tersemat dalam ruang seramik.
Telefon konsep Mi MIX Alpha adalah prototaip yang berfungsi. And aboleh belinya, jika anda ada duitlah. Harganya adalah RMB 19,999 (RM 11,764).
Sumber: Xiaomi