• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor melanjutkan kempen jaminan tahun kedua Rileks, Beli je

  • OLEH Najib
  • 12:38 pm
  • 09/10/2019
  • Komen
Honor melanjutkan kempen jaminan tahun kedua Rileks, Beli je
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan Julai lepas, Honor Malaysia mengumumkan kempen Rileks, Beli Je yang menawarkan jaminan tahun ke-2 untuk model telefon pintar Honor terpilih. Kempen ini berjalan sehingga 30 September 2019. Hari ini, Honor Malaysia menyatakan akan melanjutkan tempoh kempen ini sehingga hujung tahun.

Dalam kempen yang lepas, sebanyak 4 model telefon Honor yang terlibat iaitu Honor 20, Honor 20 Pro, Honor 20 Lite dan Honor View 20. Tetapi untuk kempen lanjutan dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2019, ia dihadkan kepada 2 model sahaja iaitu Honor 20 dan Honor 20 Pro.



Setiap pembelian telefon pintar Honor diberi jaminan selama setahun. Tetapi dalam kempen Rileks, Beli Je ini, telefon pintar Honor yang terlibat menerima jaminan tambahan tahun ke-2. Bagaimanapun, pembeli harus menebus jaminan tambahan ini menerusi aplikasi HiCare di dalam telefon.

Tebusan jaminan tambahan ini perlu dibuat dalam tempoh 7 hari selepas pembelian. Untuk menebusnya, lancarkan aplikasi HiCare di dalam telefon yang baru dibeli. Pastikan ia dikemaskini ke versi terkini. kemudian daftar masuk menggunakan ID Huawei. Jika tidak ada, daftar akaun ID Huawei yang baru.



Seterusnya, pergi ke ruangan kempen Rileks, Beli Je dan tekan butang ‘Click Here Now‘ untuk menebus jaminan tambahan. Notis ‘Redeemed Successfully‘ akan terpapar apabila tebusan berjaya dibuat.

Maklumat lanjut tentang kempen ini boleh ditemui di laman web Honor Rileks, Beli Je.

Honor Malaysia juga kini sedang menjalankan kempen PayDay Sale yang memberi diskaun dan hadiah percuma untuk pembelian produk Honor terpilih, sehingga 10 Oktober 2019. Selain itu, khas pada 10 Oktober, Honor Band 5 boleh dibeli dengan diskaun 20%, serta promosi eksklusif untuk Honor Watch Magic dan Honor FlyPods Lite.

Tags: honorHonor 20Honor 20 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Honor melanjutkan kempen jaminan tahun kedua Rileks, Beli je

Honor melanjutkan kempen jaminan tahun kedua Rileks, Beli je

9 October 2019
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN