• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yoodo beri 20GB data percuma dalam promosi terbaru

  • OLEH Najib
  • 3:52 pm
  • 10/10/2019
  • Komen
Yoodo beri 20GB data percuma dalam promosi terbaru
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, Yoodo mengadakan kempen Saya Suka Kebebasan yang menawarkan data sebanyak 62GB pada harga hanya RM38, sempena bulan kebangsaan dan Hari Malaysia. Promosi ini telah tamat pada 9 Oktober dan hari ini, satu promosi baru yang memberi 20GB data percuma diumumkan.

Bermula 10 Oktober sehingga 31 Disember 2019, pengguna Yoodo boleh menerima 20GB data percuma apabila melanggan pelan data asas 10GB dan ke atas. Ianya bukan data booster seperti sebelum ini, tetapi pelan data asas yang mesti dibeli pada setiap awal kitaran pelan pengguna.



Bermakna, beli 10GB data berharga RM35 akan menerima 30GB data. Beli 15GB pada harga RM40 pula akan menerima 35GB. Dengan RM48 pula, pengguna menerima sejumlah 40GB data. Paling maksima, boleh beli data 100GB berharga RM98 dan nikmati 120GB data selama sebulan.

Pelan Data AsasHargaJumlah Data Diterima
10GBRM3530GB
15GBRM4035GB
20GBRM4840GB
30GBRM5850GB
40GBRM6860GB
50GBRM7870GB
75GBRM8895GB
100GBRM98120GB

Kepada pengguna sedia ada, pastikan anda mengubah pelan anda sebelum kitaran berakhir di bahagian Change Plan, walaupun anda telah sedia melanggan pelan data 10GB ke atas. Pilih data 10GB dan ke atas bagi kitaran seterusnya jika mahu mendapatkan 20GB data percuma ini.



Ambil perhatian juga, data Add-Ons seperti 20GB Facebook, 20GB Instagram, 20GB YouTube, 20GB WhatsApp, 20GB PUBG Mobile, 20GB Netflix, 20GB Twitter, 20GB iflix dan 20GB AOV tidak dikira di dalam promosi ini. Ia haruslah pelan data biasa.

Kad sim Yoodo boleh diterima secara percuma dan ia datang bersama kredit RM20 juga percuma untuk pengguna baru. Jika berminat untuk mendapatkan kad sim Yoodo, boleh mendaftar di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi ini, layari laman web Yoodo I Love Free Data.

Tags: yoodo
Najib

Najib

POPULAR

Yoodo beri 20GB data percuma dalam promosi terbaru

Yoodo beri 20GB data percuma dalam promosi terbaru

10 October 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER